Masih ingat kali pertama kali anda ke pantai? Ketika itulah anda mula menghirup udara laut, bau air masin selain bunyi deruan ombak yang menghempas pantai serta pertama kali tapak kaki menyentuh pasir yang halus.

Ia sangat menenangkan! Nampak gayanya bukan hanya manusia sahaja yang mempunyai memori indah saat pertama kali ke pantai. Ini kerana, anak kucing ini juga mengalami pengalaman ke pantai yang tidak akan dilupakannya.

Go Animals

Saat yang membahagiakan itu sebenarnya dikongsikan oleh pemilik anak kucing terbabit, Semsema Mahmoud di laman media sosial.

“Ia merupakan kali pertama kucing saya pergi ke pantai”, kata pemiliknya.

Go Animals

Dan nampaknya, Semsema telah memutuskan untuk membenarkan anak kucing kesayangannya bermain di tepi pantai untuk pertama kalinya…

Go Animals

Ia ternyata membuatkan anak kucing tersebut gembira dan kelihatan anak kucing itu seperti tidak berhenti tersenyum!

Anak kucing comel itu juga tidak melepaskan peluang untuk bersantai dan berbaring di atas kerusi di tepi pantai.

Go Animals

Reaksi mukanya yang begitu seronok ternyata tidak dapat disorokkan lagi. Lebih-lebih lagi apabila dapat menyentuh permukaan pasir yang halus!

Go Animals

Bahagia betul anak kucing yang comel itu, bukan? Ia secara tidak langsung turut mengukir senyuman kita semua yang melihatnya. Hanya dengan melihat reaksinya itu sudah cukup membahagiakan.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular