Selepas bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ia telah kembali menceriakan wajah suram warga umum yang memungkinkan mereka memulakan kegiatan normal masing-masing.

Tetapi lain kisahnya di Port Dickson apabila pihak pengurusan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mendapati pantai yang pada mulanya telah dibersihkan dengan menampilkan keindahan, kini dikembalikan kepada ‘keadaan asal’ dalam tempoh kurang dari 3 hari setelah dibuka.

Kehadiran penyu yang jarang-jarang mendarat di pantai itu selama bertahun-tahun, selepas ditutup selama tempoh 3 bulan telah digantikan dengan kehadiran sampah yang dibuang merata-rata dalam tempoh 3 hari!

Negeri Sembilan kini/Facebook

Dengan pembukaan pantai, orang awam dapat berkunjung ke destinasi pelancongan popular hujung minggu itu seperti biasa dengan niat memanfaatkan waktu ‘membebaskan’ diri daripada terperuk duduk di rumah selama 3 bulan.

Tujuan murni kerajaan yang membolehkan rakyat berjalan-jalan ke pantai, berkelah, berkhemah sambil mengambil angin menikmati keindahan pantai serta melihat matahari terbit dan terbenam yang telah lama hilang, nampaknya telah disalah gunakan dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir mereka.

Negeri Sembilan kini/Facebook

Sebelum ini, pantai Port Dickson telah kembali putih dan bersih dengan air laut menjadi lebih jernih, malahan mengembalikan kehadiran spesies laut kerana ketiadaan pelancong dan pengunjung.

Tanpa disangka, spesies manusia ‘bertamadun’ hanya mengambil masa tiga hari sahaja untuk membongkar pantai yang bersih dengan longgokan sampah di mana mereka yang teruja kerana dapat keluar kini sudah ‘terlupa cara’ untuk membuangnya ke dalam tong sampah!

Negeri Sembilan kini/Facebook

Beberapa gambar yang diambil dan dimuat naik dalam laman Facebook awam Negeri Sembilan kini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen yang cintakan kebersihan dan keindahan alam sekitar.

Rata-rata netizen mengecam golongan pengunjung yang tidak beretika dengan sikap mereka yang suka memusnahkan pemandangan indah alam sekitar yang bersih dengan membuang sampah, telah menimbulkan perbincangan hangat.

Negeri Sembilan kini/Facebook

Difahamkan pihak MPPD sudah menyediakan tong sampah yang mencukupi untuk pengunjung membuang sampah, tetapi masih ramai yang mengabaikannya, meninggalkan bekas dan sisa makanan yang mereka makan di tempat kejadian dengan begitu sahaja tanpa rasa bersalah, berniat sengaja membuat sampah, lalu menghancurkan penampilan bandar yang indah hasil usaha gigih para pekerja majlis perbandaran.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Mohd Zamri Mohd Esa kepada media, pihaknya menerima rungutan daripada orang ramai yang prihatin bahawa pantai Port Dickson telah dicemari sampah sejak dibuka semula akibat kerja tangan segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab yang suka membuang sampah merata-rata.

Negeri Sembilan kini/Facebook

“MPPD akan mencari mekanisme untuk membendung masalah pembuangan sampah di pantai dengan membuat rondaan, mengenakan kompaun dan mengkaji untuk meletakkan kamera litar tertutup (CCTV),” kata Mohd Zamri.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengawal golongan pengotor ini, seperti mana kerajaan mengawal mereka dengan pelaksanaan undang-undang ketat yang dilakukan dalam PKP.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular