Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Walaupun kita cuba sedaya upaya untuk tidak melakukannya, namun bukan semua perkara kita dapat kawal, bukan? Kesilapan itu kadang kala membuatkan kita lebih berhati-hati di masa akan datang.

Mungkin itulah yang dirasai oleh seorang pengguna di Facebook yang menggunakan nama akaun Shan Shan Nah. Menurut perkongsiannya, dia secara tidak sengaja telah tertumpahkan minyak masak ke lantai.

Shan Shan Nah/Facebook

Bak petua orang-orang lama, jangan tergesa-gesa mengelap minyak yang tertumpah menggunakan kain. Sebaliknya, gunakan tepung atau benda yang berdebu seperti bedak dan sebagainya lalu taburkan ia di atas permukaan minyak yang tertumpah.

Mengambil kira logik benda berdebu akan menyerap minyak dengan baik, maka pengguna berkenaan turut melakukan perkara yang sama. Dia menaburkan tepung dan membiarkan tepung tersebut menyerap minyak berkenaan.

Shan Shan Nah/Facebook

Lebih mudahlah kerja untuk membersihkannya, bukan? Bayangkan betapa penatnya anda jika terpaksa mengelap tumpahan minyak di lantai. Sudah bersihkan minyak, mungkin lantai pula perlu dicuci menggunakan sabun.

Ya, ternyata tugas membuang minyak di lantai menjadi lebih mudah dan cepat. Pengguna itu kemudian hanya menggumpalkan sahaja campuran minyak dan tepung tersebut. Hasilnya, ia kelihatan tidak ubah seperti doh masakan!

Shan Shan Nah/Facebook

Perkongsian foto tersebut menarik perhatian ramai pengguna Facebook yang lain. Mereka turut meninggalkan komen-komen lucu yang memberi cadangan kepada Shan Shan Nah agar tidak membazir ‘doh’ tersebut.

Ada sesiapa yang mahukan kek tepung?

Shan Shan Nah/Facebook

Atau roti canai??

Shan Shan Nah/Facebook

Yang ini macam sedap!

Shan Shan Nah/Facebook

Piza pun macam sedap juga..

Shan Shan Nah/Facebook

Roti pun boleh!

Shan Shan Nah/Facebook

Pandai netizen bergurau, ya! Jangan pula anda memasak menggunakan bahan masakan yang telah tertumpah atau jatuh,lebih-lebih lagi di atas permukaan lantai. Mungkin perkongsian ini bermanfaat untuk anda gunakan jika mengalami situasi sebegini kelak.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular