GUIZHOU- Tanpa mengenal erti bahaya empat orang kanak-kanak dengan berani melakukan aksi menggelongsor dari bumbung bangunan yang tidak berpagar. Kejadian tersebut telah dirakamkan berlaku di wilayah Guizhou, China. Apa yang membahayakan bumbung tersebut sangat tinggi, dengan keadaan tidak rata dan agak curam serta tidak berpagar.

WeChat

Video rakaman berdurasi 15 saat itu tersebar di media sosial China jelas menunjukkan kanak-kanak berusia sekitar 10 tahun kelihatan naik ke atas bumbung melalui pintu kecemasan bangunan tersebut. Apa yang lebih membimbangkan tiada kelibat mereka yang dewasa berada di situ.

WeChat

Dua daripada kanak-kanak itu kelihatan cuba menggelongsor secara perlahan-lahan manakala dua orang lagi sedang berpaut pada batang yang ada di situ.

Dilaporkan juga bahawa mereka berada di atas bumbung tersebut selama 20 minit tanpa pengawasan.

Bangunan ini dikatakan setinggi 32 tingkat dengan anggaran hampir mencecah 100 meter (328 kaki).

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular