Enam orang adik-beradik kembar enam baru-baru ini berjaya menamatkan sesi sekolah tinggi setelah umur mereka mencapai 18 tahun pada tahun ini, dan kedua-ibu bapa mereka, Chris dan Diamond Harris tidak dapat menahan sebak.

WhatsNew2Day

Bercerita tentang pengalaman melahirkan keenam-enam anak kembar ini pada 8 Julai 2002, pastinya bukan perkara yang mudah dan telah menjadi satu kenangan yang tidak akan dilupakan oleh Diamond, 45, untuk sepanjang hidupnya.

WhatsNew2Day

WhatsNew2Day

“Anak-anak ini telah berada dalam hidup saya hampir 18 tahun lamanya. Mereka telah menjadi ‘asbab’ buat saya” kata Chris, 46.

“Pada pagi majlis graduasi, saya duduk di atas katil sambil melihat gambar bayi mereka dan berasa tertekan,” kata Diamond kepada Today

“Selepas ini suasana akan menjadi terlalu senyap.”

WhatsNew2Day

Daily Mail dalam laporannya mengatakan bahawa adik-beradik kembar enam kacukan Afrika Amerika yang berkulit gelap ini telah mendapat perhatian media sejak mereka dilahirkan lagi.

Menurut Diamond, semasa mengandungkan anak-anaknya, doktor memberitahunya bahawa dia akan menerima sepasang bayi kembar. Bagaimanapun, hasil imbasan menunjukkan bahawa Diamond perlu bersedia menerima lima orang bayi dalam satu masa yang sama.

WhatsNew2Day

Kemudian, Diamond didiagnos dengan gumpalan darah yang terkumpul dalam paru-parunya. Jadi pada usia kandungan 26.5 minggu, Diamond terpaksa menjalani pembedahan cesarean section di Hospital Universiti Alabama, Birmingham.

Dan pada waktu pembedahanlah, Diamond dan para doktor mendapati bahawa Diamond bukan sahaja hamil lima orang bayi, tetapi enam orang bayi sekaligus.

WhatsNew2Day

Ketika kelahiran, kesemua bayi Diamond dalam keadaan yang normal, tetapi doktor memberi amaran kepada Diamond untuk sentiasa berjaga-jaga kerana beberapa hari selepas kelahiran adalah tempoh yang berbahaya bagi bayi sebegini dan akhirnya selepas tiga bulan ditahan di wad, pada hujung bulan Oktober 2002, keenam-enam bayi kembar pasangan ini dibenarkan pulang.

WhatsNew2Day

Walaupun kini Chris dan Diamond tidak lagi bersama setelah mereka berpisah pada tahun 2012, namun mereka berdua masih lagi mesra bersama dan akan tetap merindui saat-saat manis bersama keenam-enam anak kembar mereka.

WhatsNew2Day

WhatsNew2Day

Selepas ini, adik-beradik kembar enam ini masing-masing akan mengambil haluan sendiri dalam mengejar cita-cita mereka.

Kiera dan Kobe akan menuntut ilmu di Kolej Komuniti Lawson, dengan Kiera mengambil jurusan kosmetologi. Kaylynne akan belajar di Univerisity Alabama untuk jurusan terapi fizikal. Kaleb dan Kieran akan menyambung pengajian di Universiti Alabama A&M, dengan Kaleb mengambil jurusan sains komputer dan Kieran mengambil jurusan seni. Dan yang terakhir, Kyle, yang menghidap autisme, akan meneruskan program kemahiran hidup.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular