KUALA LUMPUR- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meminta rakyat Malaysia untuk bersabar  sebentar sementara menunggu syarikat penerbangan tempatan untuk menurunkan harga tiket penerbangan.

Harga tiket penerbangan dalam negara khususnya menunjukkan peningkatan yang sangat mendadak selepas kerajaan mengumumkan peraturan baru iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membolehkan rakyat Malaysia untuk melakukan perjalanan rentas negeri.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong/Twitter

Dalam catatan Facebook pada hari Khamis, 11 Jun, Wee mengatakan bahawa beliau telah bertemu dengan wakil-wakil dari syarikat penerbangan utama Malaysia untuk membincangkan tentang pemulihan semula industri penerbangan negara yang merupakan pintu masuk ekonomi negara selepas penyebaran wabak COVID-19.

Bertemu dengan wakil-wakil dari Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air, beliau memberitahu bahawa syarikat-syarikat tersebut sedang mengalami tekanan kewangan yang luar biasa ekoran COVID-19 dan penurunan jumlah penumpang sehingga 97%.

“Syarikat penerbangan mengalami penurunan sebanyak 97% dalam jumlah penumpang. Tanpa penumpang dengan perbelanjaan yang mereka perlu tanggung boleh mendorong mereka ke arah kemuflisan,” tulisnya lagi.

Gambar Hiasan/YouTube

Beliau juga menasihati orang ramai untuk memberi mereka lebih banyak masa supaya harga tambang syarikat penerbangan kembali normal. Tambahan lagi, syarikat penerbangan pula disarankan untuk sentiasa menetapkan kadar tambang yang munasabah dan tidak membebankan rakyat.

Netizen-netizen di media sosial juga ramai yang mempersoalkan telah mengetengahkan bagaimana harga penerbangan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak naik mendadak hingga mencapai RM2,000 untuk penerbangan dua hala.

“Tidak mungkin saya boleh terbang pulang, tiket penerbangan terlalu mahal,” kata wartawan bebas Norman Goh, yang menyatakan bahawa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuching di Malindo Air dan Malaysia Airlines dengan menelan belanja lebih daripada RM2,450.

@imnormgoh/Twitter

Seorang lagi pengguna Twitter turut berkongsi harga tiket yang ditawarkan oleh AirAsia yang berharga sekitar RM2,210 untuk perjalanan dua hala dari Kuala Lumpur ke Kuching.

@muaz_zzz/Twitter

Sementara itu, halaman Facebook iaitu SarawakGags turut berkongsi mengenai harga tiket dan telah dikongsi lebih daripada 10,000 kali di Facebook. Halaman tersebut memberikan ‘nama baru’ untuk Sabah dan Sarawak dengan menggunakan nama-nama negara luar yang memerlukan tambang yang mahal untuk ke sana.

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular