Seorang lelaki di Kedah ditahan kerana menanam pokok ganja secara terang-terangan di hadapan rumahnya.

Digelar ‘Mat Tarzan’, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan polis daerah Kota Setar di Jalan Datuk Kumbar pada 10 Jun, selepas menerima maklumat dan hasil risikan anggota.

Berita Harian melaporkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar telah melakukan serbuan ke rumah suspek pada kira-kira jam 10.30 pagi.

YouTube/Paparan Skrin

Untuk mengelak daripada ditangkap, lelaki tersebut memberitahu pihak berkuasa bahawa pokok ganja yang ditanam adalah tanaman buluh hiasan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh memberitahu Harian Metro bahawa setelah disoal siasat polis, suspek akhirnya mengakui bahawa tanaman itu adalah ganja dan kesemua empat pasu pokok yang ditanam adalah untuk kegunaan peribadi.

Polis menemui tanaman ganja tersebut ditanam di hadapan rumah lelaki terbabit dengan ada yang sudah setinggi satu tingkat rumahnya.

YouTube/Paparan Skrin

Kesemua tanaman itu dirampas oleh pihak berkuasa dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk siasatan lanjut.

Mohd Redzuan menambah bahawa mereka kini sedang menyiasat bagaimana ‘Mat Tarzan’ memperolehi benih ganja dan menanamnya dengan berani secara terang-terangan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menanam pokok ganja secara haram dan Seksyen 15(1) akta yang sama.

YouTube/Paparan Skrin

Berita Harian melaporkan lelaki terbabit telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan dan saringan awal air kencing juga mendapati dia positif ganja.

Siasatan awal dan hasil semakan menunjukkan bahawa suspek mempunyai rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kesalahan dadah.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular