- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Twitter padam lebih dari 170,000 akaun yang berkaitan dengan Parti Komunis China yang menyebarkan maklumat palsu mengenai Virus PKC (COVID-19) dan tunjuk perasaan Hong Kong

Syarikat media sosial berpengaruh, Twitter, pada Khamis 11 Jun mengumumkan [1] kepada orang ramai bahawa mereka telah memadam lebih dari 170,000 akaun Twitter yang mempunyai kaitan dengan Parti Komunis China. Pemadaman akaun-akaun ini adalah perkembangan terbaharu dalam usaha Silicon Valley bagi menggagalkan pemerintah yang berniat mahu menggunakan platform media sosial untuk meraih penyokong.

Unsplash [2]

Pakar yang bekerjasama dengan Twitter yang meninjau semua akaun-akaun terbabit menyatakan bahawa majoriti daripada akaun yang terlibat menyebarkan penipuan yang berkaitan dengan insiden tunjuk perasaan Hong Kong, virus Parti Komunis China (COVID-19) dan beberapa topik lain.

Menurut Twitter, mereka memadam akaun-akaun terbabit kerana akaun itu didapati “menyebarkan naratif geopolitik yang menguntungkan Parti Komunis China” dan seterusnya melanggar dasar manipulasi platform mereka.

Walaupun Twitter secara amnya telah disekat oleh Parti Komunis China di negara itu, namun rakyatnya masih boleh mengakses laman tersebut dengan menggunakan VPN. Oleh itu, Institut Dasar Strategik Australia berpendapat bahawa akaun-akaun yang dicipta itu dipercayai bertujuan sebagai “usaha untuk memanfaatkan kemampuan mereka bagi memperluas pengaruh negara-parti.”

Unsplash [3]

Renee DiResta yang merupakan Pengurus Penyelidikan di Balai Cerap Internet Stanford, yang turut terlibat dalam usaha pemadaman akaun-akaun ini mengatakan bahawa kebanyakan daripada akaun ini menyiarkan kiriman tentang Virus PKC (COVID-19) sepanjang musim bunga lalu. Menurutnya, akaun-akaun ini “memuji tindak balas Parti Komunis China terhadap virus itu dan dalam masa yang sama menggunakan wabak itu untuk mengkritik aktivis Amerika Syarikat dan Hong Kong.”

Menurut kajian yang telah dilakukan, Twitter telah mengenalpasti sebanyak 23,750 akaun yang merupakan “rangkaian utama yang sangat terlibat (dengan Parti Komunis China)” dan 150,000 akaun lagi digunakan sebagai ‘pendokong’ akaun-akaun utama yang tugasnya mengulang kicau dan menyukai kiriman-kiriman yang dimuat naik oleh akaun-akaun utama.

Unsplash [4]

Hua Chunying, jurucakap Kementerian Luar Negeri China pada Jumaat telah mempersoalkan tindakan pemadaman akaun tersebut dan meminta syarikat Twitter melakukan perkara yang sama kepada akaun-akaun lain yang “menyerang dan memburuk-burukkan China.”

“China adalah mangsa penyangkalan maklumat terbesar, [dan] kami menentang penyebaran maklumat,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Twitter juga pernah melakukan tindakan yang sama pada Ogos 2019 apabila syarikat itu memadam kira-kira 1,000 akaun yang dipercayai beroperasi dari tanah China kerana akaun terbabit didapati “sengaja dan secara khusus berusaha untuk menaburkan pertikaian politik di Hong Kong.”

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

loading...