Setiap hidupan di muka ini sememangnya sangat berharga. Tidak kira manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan sekalipun.

Sebagai manusia yang mempunyai kebolehan dan keupayaan berfikir, kita harus sentiasa melindungi hidupan yang tidak terdaya untuk melindungi diri sendiri kerana sudah menjadi tanggungjawab buat kita untuk menjadikan bumi ini tempat yang baik untuk semua hidupan.

Polis Diraja Malaysia/Facebook

Menyedari akan hakikat itu, seorang anggota polis trafik telah membantu menyelamatkan seekor anjing yang cedera akibat dilanggar kenderaan.

Polis Diraja Malaysia/Facebook

Kejadian yang berlaku di di kilometer 13.8 Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Jumaat lalu menyaksikan anggota trafik dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor memberi bantuan kepada anjing tersebut di tengah-tengah kesibukan lebuh raya.

Apa yang dilakukan hanya dengan satu tujuan iaitu untuk memastikan anjing tersebut selamat dan boleh berjalan semula.

Polis Diraja Malaysia/Facebook

Tindakan tersebut telah menarik perhatian ramai netizen di Facebook. Ramai yang memuji sikap prihatin dan ramai juga yang mendoakan kesejahteraan pegawai polis tersebut.

Polis Diraja Malaysia/Facebook

Apa yang dilakukan adalah sangat wajar untuk dijadikan contoh. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan bantuan tanpa mengira siapa.

Terima kasih encik polis trafik!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular