Kucing adalah salah satu haiwan yang paling mudah sekali mencairkan hati ramai orang dengan rupa mereka yang sangat comel.

Ditambah pula dengan bulu yang gebu dan mata yang membulat, ramai orang tidak mampu menafikan kecomelan mereka.

Peekme

Seekor kucing berwarna putih yang seputih salju ini adalah salah satu daripada buktinya. Dengan wajah yang sangat comel, bulu yang gebu dan putih, mata yang membulat dan mempunyai warna yang berlainan telah membuatkan ramai pengguna internet ‘naik gila’ kerana kecomelannya yang melampau!

Peekme

Peekme

Diberi nama Egg Cub yang merupakan kucing dengan kaki yang pendek ini telah mencuri hati ramai warganet sebaik sahaja Egg Cub dipertontonkan oleh pemiliknya.

Pada mulanya, pemilik Egg Cub hanya mahu mengabadikan pembesaran Egg Cub dalam “Little Red Book” sahaja, tetapi selepas mendapati ramai warganet mula meminati Egg Cub, pemiliknya berbesar hati membuka akaun Weibo untuk Egg Cub agar lebih ramai warganet dapat menikmati kecomelan Egg Cub.

Peekme

Memang comel betul! Lihatlah telinganya yang kemerah-merahan dan matanya yang membulat itu! Egg Cub memang sangat comel dan menggeramkan!

Walaupun ketika sedang tidur, Egg Cub tetap menunjukkan sisi comelnya, atau sebenarnya, Egg Cub langsung tidak tahu-menahu tentang kecomelannya. 

Peekme

Kerana ramai warganet yang berasa sangat geram dengan Egg Cub, ramai antaranya tanpa rasa ragu menggelar Egg Cub sebagai “kucing kesayangan”, dan kami juga tidak dapat menafikannya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular