Rak pakaian buat sendiri (DIY) hasil perkongsian pengguna Facebook Juriah Sidek kini menjadi tular, dan cara beliau menghasilkannya amat mudah serta senang diikuti.

Rak pakaian yang boleh dipelbagai guna serta mesra bajet hasil idea Juriah Sidek beberapa tahun lalu baru-baru ini tular semula setelah dikongsi oleh Impiana.

Ikuti cara membuatnya dengan menurut langkah-langkah di bawah:

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Pengikat kabel (cable tie)
  • Pisau biasa, pisau pemotong atau gunting tajam.
  • Bakul plastik (syor 20 saiz besar atau 2 saiz sederhana atau kecil)

Juriah Sidek/Impiana/Facebook

Anda boleh dapatkannya di kedai peralatan rumah seperti Mr DIY, Daiso, atau Eco.

Langkah membina rak:

1. Pertama, potong hujung sisi kiri dan kanan bakul menggunakan pisau atau gunting tajam dan alas dengan papan pemotong demi tujuan keselamatan.

Juriah Sidek/Impiana/Facebook

Bergantung pada seberapa besar bakul anda, teruskan memotongnya sehingga anda mempunyai bukaan satu sisi.

Juriah Sidek/Impiana/Facebook

2. Ulangi langkah pertama dengan bakul yang selebihnya. 

Juriah Sidek/Impiana/Facebook

3. Kemudian, letakkan dua bakul bersama-sama dengan bahagian yang dipotong saling berhadapan.

Ia mesti kelihatan seperti di bawah ini.

Juriah Sidek/Impiana/Facebook

4. Gunakan pengikat kabel untuk mengikat bahagian belakang dan sisi bakul.

Juriah Sidek/Impiana/Facebook

5. Lakukan perkara yang sama untuk bakul selebihnya atau seberapa banyak yang anda mahukan, dan dengan mudah binaan rak pakaian sudah selesai!

Juriah Sidek/Impiana/Facebook

Anda boleh meletakkan bakul plastik di atas satu sama lain untuk menjimatkan ruang.

Juriah Sidek/Impiana/Facebook

Atau anda boleh menyesuaikannya dengan memotong bukaan hanya pada satu bakul dan tidak keduanya mengikut kesukaan serta kreativiti, atau boleh menyemburkan cat ke atas rak bakul dengan warna yang berbeza.

Juriah Sidek/Impiana/Facebook

Sekiranya anda tidak mahu menggunakannya untuk menyusun pakaian, anda juga boleh menggunakannya untuk menyimpan barang permainan anak-anak, kertas tandas dan apa sahaja alatan atau barangan rumah lain!

Juriah Sidek/Impiana/Facebook

Boleh cuba idea ini sekiranya anda mahu berjimat!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular