Restoran Siam atau lebih mesra digelar kedai tom yam merupakan salah-satu kedai makan kegemaran bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Hal ini adalah kerana kebanyakan kedai tom yam beroperasi sehingga lewat malam dan masakannya pula tidak kurang sedapnya.

Tetapi dalam pada itu, pasti ramai antara kita yang maklum bahawa kebanyakan kedai tom yam di negara ini punyai satu persamaan yang tidak lari jauhnya, iaitu gelagat pelayan kedai yang hampir serupa di mana-mana kedai tom yam.

nursyafiqnaser/Instagram

Menerusi satu video yang tular baru-baru ini, Nurshafiq Naser melalui laman TikToknya telah memuatnaik satu video yang melakonkan semula watak-watak ‘akak tom yam’ yang lazimnya ditemui di mana-mana kedai tom yam di Malaysia.

Memang lucu benar video yang dihasilkan, Nurshafiq juga tidak lupa mengenakan pakaian yang selalu digayakan oleh akak tom yam juga!

nursyafiqnaser/Instagram

nursyafiqnaser/Instagram

Pelbagai gelagat akak tom yam yang sempat dilakonkan semula, antaranya adalah seperti akak tom yam yang “terus pesan dari meja,” akak tom yam yang “tak kemaskini” menu yang ada, akak tom yam yang “kerek” atau tidak mesra pelanggan, akak tom yam yang multitask dan banyak lagi.

nursyafiqnaser/Instagram

Jika dilihat satu persatu, tidak mustahil anda akan mengakui bahawa anda pernah menemui lebih dari satu karakter ini di mana-mana kedai tom yam!

 

View this post on Instagram

 

Apa lagi jenis akak kedai tomyum yang korang penah hadap? #titkok #tomyum #ujibakatkp2 @klmotionpicturecompany #selokaRakyat

A post shared by NURSYAFIQNASER (@nursyafiqnaser) on

nursyafiqnaser/Instagram

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun mendapat sebanyak 628,649 tontonan dan 2,877 komen dari warganet yang rata-ratanya sangat terhibur dengan video ini.

nursyafiqnaser/Instagram

Nampaknya, Nurshafiq memang benar-benar telah membuat ramai pengguna internet ketawa terbahak-bahak kerana kandungan video ini memang sangat dekat dengan semua orang!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular