Bayangkan ketika anda sedang seronok memancing atau menjala ikan di sungai tiba-tiba anda didatangi oleh ‘tetamu’ yang tidak diundang?

Apa yang lebih menakutkan tetamu itu bukan sahaja berbahaya dan boleh mengancam nyawa malah saiznya sangat besar sehingga risiko untuk anda terselamat adalah tipis.

Raziman Dahalan/Facebook

Perkara itulah yang terjadi kepada dua orang pemuda apabila mereka terserempak dengan seekor buaya yang sangat besar dan menakutkan.

Raziman Dahalan/Facebook

Namun daripada terus beredar dari situ dengan bot yang dinaiki kedua-dua orang pemuda ini, mereka memutuskan untuk terus berada di situ dan merakam kejadian itu. Mereka bahkan dengan tenang boleh terus merakam situasi genting itu selama beberapa minit.

Raziman Dahalan/Facebook

Di dalam video tersebut jelas menunjukkan saiz tubuh buaya yang sangat besar itu. Dengan mata galaknya pasti akan buatkan sesiapa pun kecut perut. Namun, tidak bagi kedua-dua orang lelaki ini.

Bukan itu sahaja, mereka juga siap memberi makan kepada buaya ini. Tidak cukup dengan itu, salah seorang daripada mereka dengan berani boleh menyentuh dan membelai badan buaya ‘gergasi’ itu.

Raziman Dahalan/Facebook

Apa yang menariknya buaya itu juga nampaknya tenang sahaja berhadapan dengan manusia. Sedikit pun dia tidak marah atau menunjukkan sifat sebenarnya yang ganas dan liar.

Mungkin faham yang kedua-dua orang lelaki itu bukan ancaman buatnya jadi buaya ini hanya tenang sahaja berenang di sungai itu.

Rakaman video saat mereka didatangi dengan buaya tersebut:

Raziman Dahalan/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular