Zaman belajar di universiti pasti merupakan kenangan yang manis buat kebanyakan daripada kita. Pada ketika inilah, kita lebih mengenali dunia dan persekitaran, di tambah dengan rakan-rakan yang sekepala. Senoroknya!

Antara perkara lain yang menyeronokkan ketika belajar di universiti, tidak lain dan tidak bukan pastinya apabila kelas dibatalkan. Lazimnya, pengumuman pembatalan ini kerap kali ditunggu-tunggu oleh pelajar, khususnya kelas di waktu pagi.

Gambar Hiasan | Pixabay

Namun tidak semua pengumuman pembatalan kelas itu wajar disambut dengan kegirangan. Itulah yang berlaku pada pelajar-pelajar di sebuah universiti swasta yang tidak menyangka bahawa mesej pembatalan kelas yang dibuat oleh pensyarah mereka itu merupakan pesanan yang terakhir.

Kisah tersebut sebenarnya telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @qarlwho dan sehingga kini mendapat banyak perhatian daripada pengguna yang lain.

“Selamat pagi semua. Pada minggu ini kita tiada kelas ya.. Saya dimasukkan ke wad”, tulis pesanan daripada seorang pensyarah bernama Rahimah itu kepada pelajar-pelajarnya. Mungkin ia pada mulanya disambut dengan kegembiraan.

Tetapi kegembiraan itu ternyata tidak bertahan lama apabila pelajar-pelajar itu kemudian mendapat berita pilu melibatkan pensyarah mereka, di mana pensyarah tersebut dikhabarkan telah meninggal dunia.

@qarlwho/Twitter

Menerusi satu tangkap layar perbualan mereka semua di dalam kumpulan, arwah sebelum itu sempat berterima kasih kepada para pelajarnya yang mendoakan kesihatannya dan berharap agar dia boleh mengadakan kelas pada minggu seterusnya.

Perkongsian tersebut setakat ini telah menerima lebih daripada 47,000 respon daripada pengguna yang rata-ratanya turut menzahirkan simpati..

@qarlwho/Twitter

Jelas sekali bahawa ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya terletak di tangan Tuhan. Semoga arwah pensyarah mereka ini ditempatkan bersama orang-orang yang beriman hendaknya. Alfatihah…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Uncategorized

Video Popular