Seorang wanita dari Shenzhen, China yang tidak menutup tingkap ketika memasak di rumahnya mengalami kecederaan melecur seluruh badan dan dikejarkan ke hospital setelah disambar petir.

Sejak hujung minggu lalu, ramalan cuaca tidak memberi amaran hujan lebat dan ribut petir di seluruh China, terutama di Guangdong.

YouTube / Paparan Skrin

Dalam kejadian yang berlaku pada 6 Jun, seorang wanita berusia 50 tahun dikenali sebagai Zhou sedang memasak di dapur rumahnya apabila secara tiba-tiba telah disambar petir. Anak perempuannya yang berada di tempat kejadian dengan segera bergegas menghantarnya ke hospital.

Hasil pemeriksaan pakar perubatan mendapati wanita tersebut mengalami lecur kebakaran tahap ketiga di seluruh badan, terutama pada wajah, tangan dan kaki. Keadaan wanita tersebut dilaporkan stabil dan kini menjalani rawatan rapi di hospital. 

YouTube / Paparan Skrin

Pakar bedah luka kebakaran hospital tersebut, Dr Deng Jingcheng berkata berlaku kejadian petir di lokasi, dan wanita tersebut mengalami kecederaan disebabkan oleh kesan bebola api atas alasan yang masih tidak dikenal pasti selepas berlaku sambaran kilat.

Anak perempuan Zhou memberitahu ketika dia melihat cahaya putih menghentam dapur, ibunya telah rebah dan pengsan di atas lantai, bersama kaca dari tingkap dapur bahagian atas yang pecah berderai dan bertaburan.

Tonton video di bawah:

YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular