Pandemik virus PKC (COVID-19) mungkin mempengaruhi pekerjaan di seluruh dunia, tetapi kisah pasangan YouTuber sensasi Sugu Pavithra membuktikan bahawa dalam kegelapan itu masih terdapat cahaya menyinar di hujung terowong. 

Ekoran saluran YouTube mereka yang mendapat sambutan hangat dalam masa hanya kurang 6 bulan, suami S.Pavithra, M.Sugu akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi membolehkannya menumpukan perhatian membantu isteri menghasilkan kandungan YouTube lebih berkualiti.

Dunia kini mengenali duo masakan di YouTube yang sensasi dari Malaysia, Sugu Pavithra. Pasangan suami isteri ini secara konsisten menyiarkan video di YouTube yang memperkenalkan pelbagai hidangan Malaysia yang menyelerakan.

YouTube/Paparan Skrin

Rakyat Malaysia malahan pengguna YouTube antarabangsa menyukai duo ini ekoran sikap Pavithra yang manis dengan suara lemah-lembutnya dalam penguasaan bahasa Melayu yang baik sehingga berjaya meraih perhatian ramai.

Video pertama yang dimuat naik pada bulan Januari adalah tutorial masakan mengenai langkah demi langkah memasak kari ayam dan ia telah berjaya meraih 1.4 juta tontonan.

Setelah muat naik video kedua, pasangan YouTuber ini berjaya meraih 5,000 pelanggan, yang melayakkan mereka memperoleh status Rakan Kongsi YouTube.

Saluran YouTube Sugu Pavithra terus menjadi popular dalam jangka masa singkat yang mengumpulkan lebih daripada 100,000 pelanggan dalam masa 3 bulan.

Penonton turut menyukai cara pasangan ini memasak sambil mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi dengan hanya menggunakan peralatan memasak yang ringkas.

Sikap merendah diri dan kerja keras pasangan Sugu Pavithra akhirnya membuahkan hasil, apabila kini saluran berkenaan telah berjaya meraih lebih daripada 650,000 pelanggan.

Kejayaan pasangan ini turut menarik perhatian Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menghadiahkan mereka tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik dan peralatan memasak.

YouTube/Paparan Skrin

Dalam masa dua bulan, pasangan ini telah memperoleh cek dari Google dan pada bulan ketiga, mereka memperolehi pendapatan yang agak lumayan.

Pavithra memberitahu BERNAMA bahawa cek bulan ketiga adalah dalam jumlah yang agak baik tetapi tidak menyatakan nilai sambil menambah hasil pendapatan itu akan digunakan dengan bijak dan berhemat.

Selain itu, Pavithra mengumumkan dalam temu bualnya bahawa suaminya, Sugu yang merupakan jurukamera belakang tabir telah meletak jawatan sebagai pekerja ladang di Sungai Siput demi memberi tumpuan secara sepenuh masa memandangkan saluran YouTube dan akaun media sosial mereka yang terus berkembang dan popular.

Pavithra berkata, “Suami saya telah berhenti kerja selepas pengikut di media sosial dan pelanggan di YouTube yang meningkat secara tiba-tiba. Pendapatan kami juga agak baik. Jadi, kami ingin menumpukan perhatian secara sepenuh masa untuk menghasilkan lebih banyak kandungan untuk saluran YouTube kami.”

YouTube/Paparan Skrin

Sugu yang tidak mahu terganggu dengan komitmennya dalam memberi fokus untuk saluran itu berkata, “Saya sering mengambil cuti ketika ramai orang mengunjungi rumah selepas video menjadi tular kerana saya terpaksa membantu isteri menjaga anak-anak. Jadi, kini kami ingin menumpukan perhatian untuk menghasilkan kandungan video yang lebih hebat untuk menarik lebih ramai pelanggan dan semoga kami menjana lebih banyak pendapatan.”

Masyarakat Malaysia mahu menggelar duo ini sebagai ‘Duta Perpaduan’ atau ‘Ikon Masakan’, namun Pavithra secara sopan dan merendah diri menolak dengan mengatakan perjalanan mereka masih panjang sebelum layak mendapat gelaran itu kerana mereka masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik.

Tonton video di bawah:

YouTube

Sugu Pavithra/YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular