Membeli barangan secara atas talian merupakan satu perkara yang digemari ramai kerana ianya lebih mudah dan pantas. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis produk dan barangan yang anda mahukan hanya dengan menekan butang di hujung jari anda.

Namun bahaya tentang pembelian barangan secara atas talian ini risiko untuk anda ditipu adalah agak tinggi sekiranya anda membuat pembelian tanpa menyiasat dengan lebih mendalam.

Baru-baru ini, seorang netizen dikenali sebagai Daniel telah mengalami satu situasi melucukan di mana barangan yang dibeli oleh rakannya jauh berbeza berbanding apa yang dia lihat menerusi iklan.

@ilyutoh/Twitter

Menerusi perkongsian Daniel di laman Twitter, rakannya yang bernama Zahir telah membeli cermin hiasan untuk diletakkan di dinding. Bagaimanapun setelah memasang cermin tersebut, hasil yang diperolehi menunjukkan keputusan yang amat mengecewakan.

@Sam_Sawdy/Twitter

Menerusi gambar yang tular itu, cermin hiasan dinding berbentuk heksagon yang dibeli secara atas talian itu menunjukkan hasil yang melucukan apabila Zahir berdiri di hadapan cermin. Imej yang dipantulkan tidak menggambarkan apa yang sepatutnya kita lihat pada cermin dan membuatkan wajah Zahir kelihatan pelik.

Perkara ini turut diakui sendiri oleh Zahir yang kemudiannya meninggalkan komen di ruangan maklum balas.

@Sam_Sawdy/Twitter

“Dah lah saiz kecil, sikit pun tak sama macam dalam gambar. Muka elok terus jadi macam Shrek. Nasib baik aku bijak beli sikit dulu”.

Penularan insiden ini turut menarik perhatian ramai lagi individu lain yang mendakwa mereka turut melalui situasi yang sama seperti Zahir di mana cermin heksagon itu menunjukkan pantulan imej yang sangat mengecewakan!

@Sam_Sawdy/Twitter

@Sam_Sawdy/Twitter

@Sam_Sawdy/Twitter

Tidak pasti sama ada penjual ada menyembunyikan info mengenai produk yang dijualnya atau menjual dengan niat untuk menipu. Atau mungkin ianya berpunca daripada kesilapan Zahir sendiri yang tidak melakukan melihat ulasan daripada para pembeli sebelum ini.

Semoga ianya menjadi satu iktibar kepada kita semua untuk sentiasa berhati-hati ketika melakukan pembelian secara atas talian.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular