- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Kaya antioksidan, sebiji jambu batu berupaya singkirkan toksik nitrit daripada 18 sosej dalam tubuh

Seiring dengan gaya hidup masyarakat kini yang kian ringkas dan padat, maka tidak hairanlah ramai di antara kita yang lebih memilih makanan yang mudah disediakan ataupun makanan yang diproses seperti sosej.

Dengan harga yang murah, makanan sebegini lazimnya amat mudah untuk dimasak lantas dapat menjimatkan banyak masa majoriti daripada kita yang sibuk bekerja. Walaupun hakikatnya makanan sebegini tidak begitu berkhasiat.

Ini kerana makanan yang diproses lazimnya mengandungi nitrit – iaitu sebatian yang boleh membawa lebih banyak kemudaratan pada kesihatan kita secara amnya berbanding kebaikan jika diambil secara kerap.

Pixabay [1]

Nitrit difahamkan ditambahkan ke dalam produk daging seperti sosej, daging salai dan pelbagai lagi bertujuan untuk mengekalkan warna dan jangka hayatnya.

Pengambilan nitrit secara berlebihan boleh mengakibatkan penurunan tekanan darah, degupan jantung yang laju dan juga barah kerana ia adalah bahan kimia yang tidak berada di dalam makanan secara semula jadi.

Jadi untuk anda yang mungkin mencari cara untuk menyingkirkan toksik nitrit ini daripada tubuh, Majlis Pertanian Taiwan baru-baru ini mendedahkan bahawa terdapat 3 jenis spesies buah yang dapat melakukannya.

Pixabay [2]

Ini kerana dengan pengambilan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan, ia sangat bermanfaat untuk menyingkirkan radikal bebas yang mengandungi toksik nitrit daripada tubuh anda.

Antara 29 jenis buah yang diuji oleh Institut Penyelidikan Pertanian COA, terdapat 3 spesies jambu batu yang telah menjadi pilihan utama ekoran mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi.

Ternyata buah jambu batu sangat berkhasiat sehingga ia berupaya untuk membersihkan kandungan nitrit pada 18 ketul sosej sekaligus!

Pixabay [3]

Jambu batu dapat dianggap sebagai ‘superfruit’ kerana sumbangannya terhadap kesihatan manusia. Bukan hanya mempunyai sifat anti-penuaan, ia juga melindungi gusi dan memastikan aliran saluran darah dan jantung berjalan dengan baik.

Selain menambah imuniti tubuh, ia juga bantu menurunkan berat badan ekoran sifar kolesterol dan kandungan gula yang sangat minimum.

Oleh itu, amalkanlah pengambilan buah jambu batu kerana ia juga mampu membuatkan anda kenyang di hari yang sibuk, serta alternatif yang lebih murah dan sihat untuk mendapatkan tubuh dan kulit yang sihat!

 

loading...