IPOH – Gara-gara tidak menggunakan alat penimbang dan sukat yang sah, seramai 12 orang peniaga durian telah dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman semua peniaga itu dikesan melakukan kesalahan berkenaan semasa pemeriksaan khas terhadap peniaga gerai durian di sekitar Perak pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Gambar Hiasan | Kpdnhep WPKL – Facebook

Tambahnya, tindakan kompaun dikeluarkan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan atau memiliki alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan.

Menurut laporan, kompaun berjumlah RM100 telah dikenakan untuk setiap kesalahan di beberapa lokasi peniaga durian, antaranya di Teluk Intan, Kuala Kangsar, Parit Buntar, Taiping dan Ipoh.

Pihak kementerian tidak mengawal harga bagi komoditi durian, namun peniaga wajib mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan daripada segi penandaan harga.

 

Gambar Hiasan | Kpdnhep WPKL – Facebook

“Selain itu, peniaga juga wajib memastikan penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan dan masih dalam tempoh sah”, jelas beliau dalam satu kenyataan di Ipoh.

Saifullizan berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu hingga 9 Jun, KPDNHEP negeri telah menerima 655 aduan dan telah memeriksa 14,318 premis perniagaan.

“Sebanyak 121 kompaun telah dikeluarkan bernilai RM66,150 sepanjang tempoh berkenaan”, katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut menasihati pengguna agar menggunakan hak mereka dengan bijak semasa berbelanja pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk mengelakkan daripada dimanipulasi oleh para peniaga.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular