Ketika pandemik virus Parti Komunis China (COVID-19) terus melanda dunia dengan parah, antara pelajar cemerlang pencegahan wabak yang jarang diperkatakan tetapi caranya amat berkesan iaitu negara Vietnam kini mendapat perhatian pelbagai negara di dunia.

Terdapat lebih daripada 96 juta warga di Vietnam. Namun begitu, jumlah kes yang disahkan adalah amat kurang berbanding negara lain di dunia.

Hingga akhir Mei, hanya terdapat 328 kes positif yang disahkan di Vietnam dengan tiada kes kematian yang dilaporkan.

Unsplash/Gambar Hiasan

Sekiranya anda ingin mempelajari prestasi luar biasa Vietnam, anda boleh mengaitkannya dengan tiga ukuran yang dikuatkuasakan pemerintahnya iaitu penularan awal, penjejakan terperinci dan publisiti.

Pada tahap awal penyebaran wabak ini iaitu pada awal bulan Januari, Vietnam sudah mula melakukan pengukuran ketat terhadap pelancong dan penumpang dari Wuhan ke Vietnam di pintu masuk sempadan serta lapangan terbang antarabangsanya.

Dan ketika dua kes pertama di Vietnam dilaporkan, penerbangan dari Wuhan ke Vietnam telah ditangguhkan dengan serta-merta pada keesokan harinya.

Ketika kira-kira 10 kes positif yang disahkan berlaku di Vietnam pada pertengahan Februari, kerajaan mula bertindak untuk menyekat dan menutup bandar dengan lebih 10,000 populasi berhampiran Hanoi.

Unsplash/Gambar Hiasan

Dari segi pengesanan kontak kes yang disahkan, pihak berkuasa Vietnam dengan tegas dan efisen, menjejaki sesiapa sahaja yang mungkin telah bersentuhan dengan kes positif yang disahkan secara terperinci, bahkan menjejaki  hingga ke rantaian kontak rapat pada tahap 2 dan 3 sehingga ke tahap 4 dengan begitu tegas dan mengasingkan mereka sebagai langkah untuk mengekang kemungkinan penularan di kalangan masyarakat.

Faktor yang juga boleh dikaitkan dengan perpaduan warga Vietnam. Pada awal penularan wabak, pihak berkuasa Vietnam melancarkan aplikasi khas, dengan Kementerian Kesihatan juga secara efisen menghantar pesanan dan berita kepada rakyatnya bagi membolehkan semua orang mendapat maklumat terkini yang tepat pada setiap masa.

Penyanyi popular dijemput untuk melancarkan sebuah lagu informasi ‘Ghen Cô Vy’, dengan hanya menggunakan melodi dan lirik mudah tetapi berkesan dalam memberi pendedahan serta pendidikan mengenai virus PKC (COVID-19) sehingga berjaya mempromosikan kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan yang baik di kalangan rakyat.

Unsplash/Gambar Hiasan

Dengan pendekatan berhemah dan pengalaman yang berjaya untuk didedahkan kepada dunia, seluruh warga Vietnam yang bersatu semestinya berbangga kerana perjuangan mereka dalam mengekang penularan pandemik membawa maut itu telah membuahkan hasil.

Tonton video di bawah:

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN VIDEO

Video Popular