BALIK PULAU – Ribuan bangkai ikan yang mati terapung di perairan Pulau Pinang dan Perak baru-baru ini disebabkan kehadiran spesies plankton atau dikenali sebagai ledakan alga (Cochlodinium sp) yang tinggi di perairan itu.

Keadaan ini telah membangkitkan kebimbangan orang ramai. Menurut The Star, Jabatan Perikanan Pulau Pinang memberi jaminan bahawa kejadian ini “bukan tanda bencana yang bakal beraku”, tetapi fenomena alam yang terjadi setiap tahun.

The Star

Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang, Noraisyah Abu Bakar mengatakan bahawa mereka juga telah menerima laporan ikan mati secara berperingkat di Kuala Kurau, Kuala Gula dan Tanjung Piandang di Perak. Sekarang, gelombang itu dilaporkan menuju ke Kedah.

The Star

“Menurut Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), kehadiran alga Cochlodinum yang tinggi di dalam air yang terjadi setiap tahun di seluruh dunia adalah menjadi penyebabnya kerana ia beracun kepada ikan dan kerang. Namun, kejadian itu tidak mempengaruhi manusia,” katanya.

Menurut jabatan itu lagi, disebabkan ledakan alga berkenaan, ikan-ikan terutamanya yang diternak di dalam sangkar mati akibat kekurangan oksigen ekoran insang ikan tersumbat, kerengsaan dan kerosakan pada tisu insang ikan.

@staronline/Twitter

Foto dan video ikan mati di sepanjang pantai di Teluk Kumbar dan pantai lain di sekitarnya menyebabkan orang ramai mula membuat spekulasi bahawa tsunami telah berlaku sementara yang lain mempersoalkan apakah itu disebabkan oleh pencemaran alam sekitar.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular