KOREA SELATAN – Korea Selatan sekali lagi berhadapan dengan cabaran kluster gereja apabila Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) melaporkan sebanyak 35 kes positif virus Parti Komunis China atau virus PKC (COVID-19) menjadikan jumlah kes meningkat kepada 11,503.

Malakat Tribune

Menurut laporan, sebuah gereja di daerah Guro, Seoul yang dikendalikan oleh orang Cina menjadi punca kepada penyebaran jangkitan kolektif. Seramai lapan individu dalam lingkungan umur 59 hingga 81 tahun telah disahkan positif.

Sementara itu, pihak berkuasa menganggarkan bahawa kes yang berkaitan dengan kumpulan jangkitan yang muncul di syarikat promosi produk kesihatan warga tua Seoul telah menyumbang kepada peningkatan sebanyak 45 kes.

Facebook

Pada masa yang sama, sebanyak 517 daripada keseluruhan 20,000 buah sekolah tadika, rendah dan menengah telah bertindak menangguhkan kemasukan pelajar ke sekolah.

Hal ini secara langsung pasti akan menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kematian akibat jangkitan virus PKC memandangkan 99% daripada sekolah-sekolah ini terletak di kawasan metropolitan.

Facebook

Malah, pembukaan taman tema hiburan Lotte World di Seoul baru-baru ini turut menyumbang kepada peningkatan kes apabila seorang pelajar sekolah menengah dilaporkan menderita radang paru-paru setelah berkunjung ke kawasan berkenaan.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular