SINGAPURA – Pada 7 Jun lalu, dua buah kereta mewah, Lamborghini yang kelihatan seakan kembar kerana menyerupai antara satu sama lain dilaporkan telah bertembung di kawasan Sembawang.

Seorang saksi yang melihat insiden tersebut, Theventhran berkata bahawa kejadian berkenaan berlaku di persimpangan Sembawang Road dan Canberra Street pada sekitar jam 6 petang.

Dia menambah bahawa kereta Lamborghini yang pertama itu difahamkan berhenti di persimpangan tersebut namun malangnya sebuah lagi kereta yang sama gagal menghentikan kenderaannya dengan serta merta.

“Kedua-dua buah Lambo itu sedang menunggu untuk membelok. Tiba-tiba, Lambo di belakang terus bergerak ke hadapan lalu melanggar Lambo di hadapannya”.

“Dalam beberapa saat, muncul asap di ruang enjin diikuti dengan kebakaran”, jelas Theventhran.

Beliau kemudian berasa panik dan menyangka bahawa kebakaran tersebut bakal mengakibatkan letupan. Mujur kebakaran itu berhenti dengan sendirinya tidak lama kemudian.

Difahamkan bahawa terdapat kebocoran minyak enjin. Menurut laporan, tiada sebarang kecederaan pada mangsa di dalam kedua-dua buah kereta tersebut.

Menurut Theventhran, lokasi kejadian tersebut telah dibersihkan sepenuhnya pada jam 9 malam, di mana pembersihan minyak yang tumpah mengambi masa selama sejam untuk dibersihkan daripada jalan raya.

Berikut merupakan video penuh kejadian tersebut : 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular