Sikap dan tingkah laku yang baik kanak-kanak lazimnya bermula di rumah. Ini ekoran ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorak dan mendidik anak masing-masing dengan adab dan etika yang baik.

Berasa kagum dengan sikap sekumpulan murid sekolah rendah, seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Michigan, Amerika Syarikat memutuskan untuk berkongsi kisah yang patut dibanggakan itu dengan umum.

Gambar hiasan/Great Schools

Menurut Nicole, seramai tujuh orang murid sekolah rendah datang ke restoran tempatnya bekerja itu lalu memesan makanan. Mereka memesan sebanyak 40 ketul kepak ayam goreng dan tujuh minuman.

Gambar hiasan/USA Today

Mereka langsung tidak ditemani oleh orang dewasa. Rasa ingin tahu, Nicole kemudian bertanya kepada mereka, “Ibu bapa kamu tidak ikutkah?”. Sebelum salah seorang daripada mereka kemudian menjawab bahawa mereka datang sendiri.

Tambah Nicole, kesemua kanak-kanak lelaki berkenaan berkelakuan baik dan sangat sopan. Mereka juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih kepada Nicole setelah memesan makanan. Ketika menikmati makanan, seorang daripada mereka menjawab panggilan telefon.

Twitter

Nicole kemudian perasan bahawa rakan mereka meminta budak tersebut untuk berhenti cakap di telefon kerana bercakap dengan orang lain di talian agak kurang sopan. Mereka tidak membuat bising dan menghormati pelanggan lain.

Walaupun tidak ditemani orang dewasa, ternyata kesemua mereka bersikap seperti orang dewasa dan menjaga etika ketika makan sehinggakan turut ada pelanggan bersebelahan dengan mereka berasa kagum.

Facebook

Alangkah terkejutnya Nicole apabila dia mahu membersihkan meja tersebut dan mendapati bahawa meja itu telah dikemas. Sampah dikumpulkan di atas pinggan dan langsung tidak disepahkan selain cawan turut disusun rapi.

Ianya amat membanggakan kerana masih banyak lagi orang dewasa di luar sana yang tidak melakukan perkara yang sama seperti apa yang dilakukan budak berkenaan. Jelas sekali mereka telah dididik dengan jayanya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular