Anjing merupakan peneman manusia membahagiakan. Kehadiran mereka dalam kehidupan manusia turut membawa kasih sayang, kegembiraan dan juga gelak tawa.
Anjing benar-benar merupakan haiwan yang menakjubkan.
Gambar hiasan/Pinterest
Oleh kerana mereka agak pintar, anjing sering dilatih untuk menolong manusia. Misalnya, bantu menjaga kawasan ladang tuan mereka, menjaga keselamatan, bantu manusia mengawal haiwan ternakan dan pelbagai lagi.
Nampaknya bukan manusia sahaja yang dibantu oleh makhluk pintar ini. Di Twitter, seorang pengguna yang menggunakan akaun @YisuscristViral telah berkongsi satu video yang mendapat banyak perhatian.
Ahora si lo he visto todo!!!? pic.twitter.com/T60Mk6LLxc
— Amo el Internet! ? (@YisuscristViral) May 4, 2020
@YisuscristViral/Twitter
Ditonton lebih 2 juta kali, video itu menunjukkan aksi seekor anjing yang bantu menyelamatkan nyawa dua ekor ikan emas. Menyedari ikan tersebut berada di atas lantai, anjing itu kemudian mengambil seekor dan diletakkan di dalam bekas berisi air.
@YisuscristViral/Twitter
Anjing itu kemudian melakukan perkara yang sama kepada seekor lagi ikan emas yang turut berada di atas lantai. Ikan emas berkenaan langsung tidak diapa-apakan oleh anjing itu sebaliknya dimasukkan ke dalam air bagi menyelamatkannya.
@YisuscristViral/Twitter
Sayang juga anjing tersebut kepada dua ekor ikan emas itu nampaknya. Sesudah meletakkan rakan-rakannya itu ke dalam air, anjing pintar itu kemudian dilihat seperti menjilat-jilat ikan terbabit di dalam air.
Benarlah bahawa anjing merupakan haiwan yang penyayang dan boleh diharap untuk membantu makhluk yang lain. Ini kerana mereka sangat gemar bersosial dan membina ikatan dengan manusia mahupun haiwan lain.
Maybe you're interested :
- Monyet comel ini gigih benar bantu tuannya potong kacang buncis di dapur, kalah semua manusia sambil rasa malu pun ada
- Laporan : Penganiayaan terhadap Falun Gong di China berlanjutan, lebih 1,000 ditangkap dan diganggu pada Oktober
- Ganggu kumpulan orkestra yang sedang buat persembahan, telatah selamba kucing ini cuit hati penonton