Seorang usahawan terkemuka tanah air, Dato’ Michael Tio menyatakan kekeliruannya mengenai situasi di mana terdapat sebilangan masyarakat Malaysia yang tidak menyukai Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Doug Mills-Pool/Getty Images

Beliau kemudian memutuskan untuk berkongsi kepada orang ramai di laman Facebooknya bahawa terdapat enam sebab rakyat Malaysia sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Presiden AS berkenaan.

#1 Ancaman kumpulan pengganas ISIS atau Daesh tidak lagi wujud. Ada masanya kita berasa bimbang bahawa ISIS mahu menculik ahli perniagaan untuk memeras ugut. Tetapi dalam tiga tahun kebelakangan ini, tiada sebarang ancaman kita dengari.

#2 Sebelum penularan COVID-19, Trump telah meminta negara-negara pengeksport minyak (OPEC) untuk mengadakan perbincangan dengan negara-negara bukan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran minyak agar dapat menaikkan harga menjadi $70.

#3 Trump menghentikan Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), di mana ia merupakan perjanjian yang akan merugikan Malaysia dan dengan sengaja mengecualikan China.

#4 Trump menggantikannya dengan rundingan perdagangan AS-China, kemudian perang perdagangan antara kedua-dua pihak membantu memindahkan kilang di China ke Malaysia atau mengalihkan barisan pengeluaran ke Malaysia, di mana ia menguntungkan Malaysia.

#5 Trump juga tidak menyukai George Soros – merupakan penderma kempen utama Hillary Clinton dan individu yang menurunkan nilai mata wang kita dan menjatuhkan pasaran saham.

#6 Trump telah menghentikan semua perang yang berlaku di Timur Tengah yang telah membunuh berjuta-juta rakan Muslim kita dan menyebabkan pelarian migran ke Eropah.

“Saya telah memberi 6 sebab mengapa rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada Trump. Beri saya satu sebab apa yang dilakukan Trump, telah menyakiti anda sebagai warganegara Malaysia. Ingat, anda bukan demokrat Amerika atau komunis China”, tulis beliau.

Dalam kenyataannya pada 1 Jun, beliau turut menggariskan bahawa dalam pengurusan ekonomi, apabila industri yang dipimpin oleh negara dilanda import yang murah maka kita harus mengenakan duti anti-lambakan.

Jadi untuk melindungi diri, kita harus berterima kasih kepada Trump kerana memimpin model ASEAN dalam menguruskan China kerana Parti Komunis China (PKC) mula memberi tekanan ekonomi ekoran tidak patuh pada mereka.

Ini termasuklah yang berlaku pada Korea Selatan, Jepun dan terbaru, Australia. Sementara itu, beliau juga ada mengatakan bahawa jika mahu menang, kita harus belajar daripada Trump.

“Meskipun semua media arus perdana menentangnya, Trump tidak pernah kalah dalam pertempuran. Mengikuti dia dengan mesej yang tepat, saya memperoleh banyak kemahiran kepemimpinan”, katanya.

Untuk makluman, Dato’ Micheal Tio merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan PKT Logistics Group Sdn. Bhd. Malaysia. Beliau mula mempelajari selok-belok perniagaan daripada bapanya.

Ketika di usia 18 tahun, beliau yang melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK) telah menghantar kereta terpakai yang dibeli dari UK kembali ke Malaysia untuk dijual.

Semenjak itu, beliau menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan logistik kereta. Daripada sebuah syarikat perdangangan kecil, kini PKT Logistics telah berjaya menjadi peneraju perdagangan logistik di peringkat global.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular