Semua orang tahu bahawa merokok merupakan satu tabiat yang buruk. Menurut National Cancer Institute, Amerika Syarikat, merokok menjadi punca kepada 1 daripada 5 kematian manakala 38,000 kematian pula disebabkan oleh pendedahan kepada asap rokok.

Berdasarkan kajian terbaharu, ibu bapa yang merokok bakal menyebabkan anak-anak mereka menjadi bodoh di usia yang muda. Satu kajian dan pemerhatian telah dilakukan pada kanak-kanak dan orang dewasa yang berumur antara 3 hingga 18 tahun.

Gambar hiasan/American Optometric Association

Kajian tersebut dilakukan oleh University of Turku, Finland sejak tahun 1980 hingga 2011, di mana penyelidik melakukan ujian kognitif yang melibatkan lebih daripada 2,000 peserta bagi mengetahui jawapannya.

Pengkaji mendapati bahawa peserta yang terdedah tabiat merokok oleh ibu bapa mereka sejak kecil memiliki keupayaan pembelajaran dan memori yang lebih rendah berbanding dengan individu yang tidak terdedah dengan tabiat tersebut.

Gambar hiasan/Indian Express

Bukan itu sahaja, mereka yang terdedah kepada tabiat buruk berkenaan sejak kecil juga mempunyai tahap ketumpatan tulang yang rendah dan berisiko tinggi untuk mengalami arterioklerosis ketika dewasa kelak.

Sungguhpun begitu, tabiat ini sukar untuk dibuang. Bukan mudah untuk si perokok berhenti daripada menghisapnya. Buat para lelaki yang bakal menjadi bapa, sudah pasti anda sudah berniat untuk berhenti menghisap rokok, bukan?

Gambar hiasan/Hindustan Times

Membuang kebiasaan merokok memerlukan komitmen terhadap perubahan gaya hidup. Justeru untuk mereka yang ingin menghentikan tabiat ini, jangan mudah putus asa ya! Jumpa dengan pakar untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular