Minuman yang manis seperti air boba, air berkarbonat dan sebagainya memang sedap dinikmati tetapi jika diminum terlalu kerap, ia akan membawa kepada kesan yang negatif terhadap kesihatan individu.

Itulah yang berlaku pada seorang remaja berusia 18 tahun bernama Tian Tian, di mana dia dilaporkan dalam keadaan koma selama lima hari ekoran ketagihannya mengambil minuman teh boba.

Setiap hari, Tian Tian difahamkan akan membelanjakan kira-kira 100 yuan (RM60) untuk mendapatkannya. Dia sangat obses terhadap minuman itu dan ketagihan ini berlangsung selama sebulan.

Gambar hiasan/Twitter

Menurut laporan, ibu Tian Tian mendedahkan bahawa anaknya itu akan menikmati dua cawan teh boba pada setiap hari sebelum didapati tidak sedarkan diri pada 2 Mei lalu. Dia kemudian segera dikejarkan ke Hospital Ruijin, Shanghai.

Di sana, dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dan Kecemasan (EICU) dan ujian yang dijalankan mendapati bahawa tahap gula dalam darahnya adalah 25 kali lebih tinggi daripada tahap normal.

Laporan juga mendedahkan bahawa kehidupan Tian Tian kini bergantung kepada ventilator untuk bernafas setelah mengalami pelbagai komplikasi kesihatan termasuklah darah tinggi gula dan kerosakan ginjal.

Sina

Pakar pula kemudian mendapati bahawa dia mengalami gejala seperti mual, kekeringan mulut dan ‘poliuria’ (keinginan untuk membuang air kecil) selama lebih daripada seminggu sebelum dia mengalami koma.

Mujurlah Tian Tian akhirnya sedarkan diri selepas lima hari berada dalam keadaan koma. Hasil daripada rawatan yang diterima, tubuhnya kehilangan sebanyak 35 kilogram. Dia juga berjanji untuk tidak lagi minum teh boba.

Selain mengambil minuman manis, Tian Tian juga difahamkan tidak pernah bersenam manakala berat badannya mencecah 125 kilogram. Menurut Pengarah EICU, terdapat 1 daripada 3 kes di mana pesakit mengalami keadaan yang sama seperti Tian Tian.

Sina

Malangnya, pesakit tersebut juga mengalami diabetes tanpa mereka sedari dan sudah pasti tubuh mereka mengalami berat yang berlebihan.

Justeru, berpada-padalah dalam mengambil air yang manis. Sekali sekala menikmatinya tidak mengapa. Cuma jangan berlebihan sahaja ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular