Pandemik COVID-19 ternyata merencatkan segala aktiviti yang biasanya dilakukan oleh kita semua. Tidak terkecuali adalah sesi pengajian di universiti dan juga persekolah murid-murid di sekolah. Sudah lama mereka tidak ke sekolah.

Di Anyang, wilayah Henan di China, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mendapati bahawa berat badannya sudah meningkat dan tubuhnya sedikit gempal daripada sebelumnya ketika dia cuba memakai uniform sekolah.

Walaupun dibantu neneknya untuk memakai baju uniform berkenaan, ternyata ia masih tidak muat pada tubuhnya.

YouTube

Dia juga difahamkan sudah puas menahan nafas bagi membolehkan baju itu dipakai tetapi malangnya, tidak berjaya.

Kanak-kanak berkenaan dilaporkan telah mencapai berat sehingga 95 paun atau bersamaan dengan 47.5 kilogram walaupun usianya berada di bawah 6 tahun. Mungkin kerana terlalu lama berada di rumah, maka banyaklah makan.

YouTube

Tidak dapat dibayangkan apa yang bakal berlaku jika kanak-kanak tersebut duduk setelah memakai baju tersebut. Situasi tersebut pasti melucukan, di tambah pula fizikal budak lelaki berkenaan yang sememangnya sudah comel.

Comel memanglah comel namun sudah pasti ia menimbulkan banyak kebimbangan terhadap aspek kesihatan budak berkenaan.

YouTube

Mungkin budak itu perlu banyakkan bersenam selepas ini. Tidak salah untuk para ibu bapa diluar sana memasak makanan kegemaran anak-anak namun berpada-padalah. Kawal pengambilan makanan anak masing-masing.

Dan jangan lupa pastikan mereka mendapatkan khasiat yang sepatutnya. Bukan apa, bimbang anak-anak kita mengalami obesiti pula. Lebih bagi mencegah daripada awal daripada menyesal di kemudian hari, bukan?

Lihat gelagat budak ini, sungguh melucukan:

YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular