Berdasarkan perutusan Perdana Menteri berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berkuatkuasa mulai Rabu, 10 Jun, kerajaan telah memutuskan untuk memberi banyak kelonggaran kepada semua rakyat Malaysia bagi menjalani aktiviti harian dengan pengamalan norma baharu.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Berikutan pengumuman ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media COVID-19 harian pada 7 Jun lalu mengatakan bahawa Malaysia berkemungkinan akan berjaya memutuskan rantaian COVID-19 tanpa penggunaan vaksin, dengan syarat pengamalan garis panduan dan saranan kesihatan awam.

“Sampai hari ini, SARS dan MERS-CoV tidak ada vaksin… tetapi dengan menggunakan kaedah tindakan kesihatan awam, kita dapat membendung jangkitan SARS dan MERS-CoV di negara kita tanpa menggunakan vaksin.

“Jadi ada kemungkinan, tanpa menggunakan vaksin, kalau kita semua patuh kepada garis panduan dan patuh kepada saranan kesihatan awam, kita juga boleh mutuskan jangkitan COVID19 tanpa vaksin,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa kemungkinan ini ada kerana negara pernah melalui situasi yang hampir serupa, iaitu ketika penularan SARS, jadi tidak mustahil negara kita boleh melakukan perkara yang serupa terhadap penularan pandemik ini tanpa penemuan vaksin.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular