KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur telah berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 untuk warga asing. Dalam sebuah serbuan yang dijalankan di Jalan Alor, pihak polis telah menahan dua orang pekerja Bangladesh yang didapati menjual hasil pemeriksaan Covid-19 palsu.

Tangkapan tersebut dibuat pada pukul 5.40 petang ketika kedua-duanya berada di kaunter dan sedang menjual hasil ujian palsu Covid-19 yang negatif dengan harga RM50 kepada warganegara asing. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menjelaskan, seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail,

“Kaunter yang didirikan di kaki lima di depan kedai di Jalan Alor telah beroperasi selama satu hingga dua minggu, dengan setiap dokumen hasil ujian pemeriksaan Covid-19 dijual dengan harga RM50,”

“Polis mendapati bahawa sewa tapak untuk kaunter tersebut adalah RM600 sebulan dan kaunter beroperasi setiap hari daripada tengah hari hingga jam 9 malam, di mana seorang penjaga akan ditempatkan di kaunter untuk mengendalikan komputer riba semasa berurusan dengan pelanggan. “

Antara barang yang dirampas dalam serbuan itu termasuk beberapa komputer riba, pencetak, laminator, beberapa keping hasil ujian saringan Covid-19 palsu dan wang tunai sebanyak RM1,331.

Tambahan lagi, kedua-dua orang pekerja itu dibayar gaji sekitar RM1500 dan RM1700 sebulan dan operasi itu telah didalangi oleh warga tempatan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular