Ketika ibu bapa dengan bersungguh-sungguh mengharapkan tumbesaran cepat dan pencapaian anak kecil dengan penuh kesabaran, ada kalangan mereka yang berasa amat terkejut kerana ia tidak disangka berlaku terlalu cepat!

Pasangan ibu bapa dari Bristol, England dengan bangga berkongsi kisah bayi mereka bernama Lula, yang telah berjaya berdiri dengan sendiri pada usia 8 minggu. Bayi yang kuat ini sejak itu menarik perhatian ramai di media sosial.

Tezra Finn-Johnston yang berusia 31 tahun dan pasangannya Emily Derrick, 23 tahun berasa kagum tidak terkata setelah menyaksikan anak perempuan mereka yang berusia 8 minggu belajar berdiri dengan sendirinya dan mereka pertama kali melihat kekuatan luar biasa bayi Lula sejurus kelahirannya ke dunia.

EliteReader

Adakah Lula kini merekodkan sejarah menjadi bayi terkuat di dunia? Berdasarkan komen para netizen, nampaknya ramai yang berpendapat demikian.

Walaupun bayi Lula masih begitu muda, nampaknya bayi comel ini telah membuktikan kekuatannya. 

Pada usia 8 minggu, dia sudah boleh berdiri dan pada usianya mencapai 15 minggu, Lula sudah mampu bertahan dengan kekuatannya sendiri tanpa memerlukan bantuan ibu bapa.

Seperti yang dikatakan oleh Tezra secara gurauan, si kecil ini mungkin mendapat inspirasi menerusi video ‘Strong man’ (orang kuat) yang ditonton bersama bapanya di YouTube.

EliteReader

Bapa penuh bangga ini berkongsi, “Ketika itu dalam usianya 4 minggu Lula sedang tantrum apabila saya cuba meletakkan badannya di atas lutut untuk menenangkannya. Dia tidak mahu duduk, sebaliknya hanya berdiri di atas lutut saya dan tidak mahu membengkokkan kakinya. Dia melakukan perkara itu beberapa kali dan kemudian dalam beberapa minggu… Saya cuba menahan dan menyokongnya, dan dia berjaya mengawal berat badannya dengan seimbang sendiri.”

Dan itu bukan kali pertama mereka melihat tanda-tanda kekuatan luar biasa bayi Lula.

EliteReader

“Sejak dari awal kelahirannya lagi setelah meninggalkan hospital, Lula dapat menaikkan sedikit kepalanya lebih daripada yang disangkakan dan kami membiarkan dia untuk melakukannya,” kata Tezra.

“Dia menahannya selama beberapa saat dan itu tidak seharusnya dilakukan oleh bayi yang baru berusia beberapa minggu, tetapi Lula terus dapat melakukannya,” jelas ibu bapa ini dengan bangga.

Tonton video di bawah:

YouTube

YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular