Melalui perkongsian internet, kita boleh memperolehi pelbagai aura positif daripada pengguna-pengguna di seluruh pelosok dunia yang tidak kita kenalipun. Contohnya, seperti yang dialami oleh seorang ibu pengguna laman Reddit ini.

Pada Januari 2019, seorang pengguna Reddit (Wolfpaw) telah berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan ibunya bersama hasil lukisan tangannya sendiri dan mengatakan bahawa lukisan itu adalah lukisan kedua yang dihasilkannya.

Reddit

Bagaimanapun, ibu Wolfpaw tidak berasa yakin dengan lukisannya yang cantik itu dan merasakan bahawa tiada siapa yang akan menyukai hasil lukisannya. Nampaknya, itu memang salah!

Lukisan burung angsa putih yang dihasilkan ibu Wolfpaw itu memang cantik, dan untuk membuktikannya, warganet mula menghasilkan ‘rantaian’ lukisan yang berkait antara satu sama lain, yang seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri ibu Wolfpaw!

Lelaki ini adalah yang pertama sekali mewujudkan rantaian ini, kapsyennya berbunyi, “saya melukis ibu seseorang.”

Reddit

Kemudian, rantaian bergambar ini disambung oleh seorang wanita, dia menulis, “saya mengambil sedikit masa dan (hasilnya) tidak sempurna, tetapi saya telah melukis lelaki yang melukis ibu seorang lelaki lain itu.”

Reddit

Seterusnya, rantaian itu disambung pula oleh seorang pengguna lelaki lain, yang mengatakan bahawa dia telah “melukis wanita yang melukis lelaki yang melukis ibu seorang lelaki lain itu yang melukis burung angsa.”

Reddit

Tidak berhenti di situ, seorang wanita lain pula turut menyertai rantaian itu dengan hasil lukisannya dan menulis bahawa dia “melukis lelaki yang melukis wanita yang melukis lelaki yang melukis seorang ibu yang melukis seekor burung.”

Reddit

Adakah anda sudah pening kepala? Tunggu, belum habis lagi!

Rantaian ini seterusnya disambung oleh seorang pengguna lelaki yang melukis semua watak yang ada dalam rantaian itu dengan menulis bahawa dia menghabiskan masa sepanjang malam untuk melukis ‘meme’ bagi mendapat perhatian di internet. Lucu!

Reddit

Selepas itu, rantaian bergambar ini disambung pula oleh seorang lelaki lain yang turut sama melukis semua watak yang ada dalam rantaian, dengan kapsyen, “lukisan seorang lelaki yang telah lama tidak melukis yang telah melukis seorang lelaki yang melukis seorang wanita yang melukis seorang lelaki yang melukis seorang wanita yang melukis seorang wanita lain yang melukis seorang lelaki yang melukis seorang ibu kepada seorang lelaki.”

Panjangnya!

Reddit

Rantaian ini nampaknya terus bersambung apabila seorang lagi lelaki telah menunjukkan hasil lukisannya di dalam gajetnya dengan kapsyen, “biasanya saya bersantai tetapi tidak untuk hari ini… seronok dapat menyertai cabaran ini!”

Reddit

Akhir sekali, seseorang di laman itu telah memuat naik gambar terakhir (buat masa ini) dan hanya meletakkan kucing peliharaannya sebagai pengganti diri. “Purr…”

Reddit

Lucunya rantaian ini!

Selain itu, untuk menghangatkan lagi cabaran, ada antara warganet yang turut menghasilkan carta bagi semua orang yang menyertai cabaran rantaian bergambar ini!

Reddit

Nampaknya, usaha yang dilakukan oleh ramai warganet ini ternyata telah berjaya membuatkan ibu Wolfpaw berasa yakin. Tanpa mereka sedari, rupa-rupanya semua yang telah menyertai cabaran rantaian ini telah menjadikan dunia di laman internet menjadi lebih positif dan saling menghargai sesama sendiri. Ini adalah satu impak yang membanggakan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular