PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yanga akan berakhir ada 9 Jun ini. Pelaksanaan PKPP akan bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Malaysia kini memasuki fasa pemulihan dan PKPP adalah sebahagian daripada ‘exit strategy’ PKP yang dilaksanakan bermula 18 Mac dan PKPB sejak 4 Mei lalu.

Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti harian dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan.

Muhyiddin menjelaskan pelaksanaan PKPP ini akan melibatkan tujuh strategi iaitu:

  1. Pengukuhan Kesihatan Awam
  2. Perundangan dan Penguatkuasaan
  3. Pengukuhan Kawalan Sempadan
  4. Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi
  5. Pembudayaan Kebiasaan Baharu
  6. Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti
  7. Perlindungan Golongan Berisiko

Strategi ini akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan PKPP yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Kluster) Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Di peringkat kerajaan negeri pula, strategi tersebut akan dilaksanakan melalui jawatankuasa yang diwujudkan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, katanya.

Muhyiddin berkata pelaksanaan strategi ini memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk jentera kerajaan pusat dan negeri, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta pemimpin dan ketua komuniti.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular