Bagi para peminat kucing, mereka sudah maklum bahawa ada antara kucing yang menunjukkan rasa kasih sayang mereka dengan membawa pulang ‘hadiah’ seperti haiwan liar, serangga dan sebagainya kepada pemilik mereka.

Mungkin, bagi kucing-kucing ini, hadiah yang dibawa ini adalah sebagai satu simbol penghargaan yang diusahakan sendiri oleh mereka untuk pemilik yang selama ini mencurahkan kasih sayang kepada mereka.

@mostlypicturesofmycat/Instagram

Bagaimanapun, seekor kucing bernama Baloo nampaknya ‘menghidu’ rasa tidak selesa pemiliknya apabila Baloo membawa pulang hadiah berupa haiwan bersaiz kecil yang masih hidup pada setiap pagi.

Hal ini adalah kerana apabila Baloo ‘mempersembahkan’ hadiah yang ditangkapnya dari luar rumah kepada pemiliknya, pemiliknya akan segera membuang semula haiwan tersebut di luar rumah. 

Tambahan pula, hadiah haiwan yang dibawa oleh Baloo itu masih lagi hidup!

@mostlypicturesofmycat/Instagram

Bagaimanapun, selepas beberapa kali hadiah yang diberikan oleh Baloo ‘dipulangkan’ semula ke habitat asalnya, Baloo seakan mengerti maksud disebalik tindakan pemiliknya itu. Maka, selepas itu Baloo tidak lagi membawa hadiah berupa haiwan hidup lagi, tetapi membawa sehelai daun pula.

Lucu!

@mostlypicturesofmycat/Instagram

Oleh kerana kini Baloo membawa pulang sehelai daun kering kepada pemiliknya setiap pagi, maka pemiliknya tidak lagi punyai alasan untuk tidak menyimpan hadiah daripada Baloo. Malah, pemilik Baloo juga sempat bermain-main dengan daun itu bersama-sama Baloo untuk menghargai usaha Baloo yang sangat bertimbang rasa itu!

@mostlypicturesofmycat/Instagram

Bijak sungguh Baloo, nampaknya pilihannya untuk menukar jenis hadiah benar-benar telah membuatkan pemiliknya berasa terharu!

@mostlypicturesofmycat/Instagram

Menurut pemilik Baloo, Baloo memang seekor kucing yang sangat bertimbang rasa. Apabila pemiliknya berasa sedih, Baloo akan melompat dan duduk di atas ribanya dan mula bermanja dengan pemiliknya. Mungkin, Baloo memahami perasaan pemiliknya pada ketika itu dan mahu menenangkan pemiliknya.

Comel sungguh kelakuan Baloo. Kami pasti Baloo akan kekal hidup dengan bahagia di samping keluarganya yang penyayang ini!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular