Kebiasaannya, mana-mana peniaga dianugerahkan dengan bakat ‘memujuk’ pelanggan atau dalam kata lainnya, “mulut manis.”

Tetapi, nampaknya seekor kucing yang ‘membantu’ pemiliknya yang berniaga tembikai ini bukan sahaja tidak bermulut manis, malah, menunjukkan wajah yang bengis pula! Menakutkan!

Chiang Mai Elephant/Facebook

Pearl, seekor kucing berwarna putih yang sudah dipelihara oleh pemiliknya sejak lima ke enam tahun lalu merupakan seekor kucing yang sangat setia menemani pemiliknya tidak kira ketika di ladang tembikai, mahupun di gerai jualan tembikai.

Dengan raut wajahnya yang 24 jam kelihatan bengis, kami pasti, ramai pelanggan tidak berani meninggalkan gerai dengan tangan kosong!

Chiang Mai Elephant/Facebook

Ketika di ladang tembikai, Pearl akan duduk bersantai di belakang trak pemiliknya, sambil memerhati pemandangan. Dan, paling penting, menyelia semua kakitangan pemiliknya di ladang itu. “Awas kamu ya!”

Chiang Mai Elephant/Facebook

Pearl adalah seekor kucing yang baik dan langsung tidak mengganggu tugas pemiliknya. Pearl tidak suka berlari-lari atau mengganggu hasil tanaman pemiliknya, sebaliknya, Pearl hanya gemar duduk bersantai sambil memerhati pemiliknya melakukan kerjanya.

Nampaknya, pada tahap ini, Pearl mungkin menganggap dirinya sebagai ketua. Lucu!

Chiang Mai Elephant/Facebook

Raut wajah Pearl kelihatan sangat bengis dan tegas walau apa pun yang sedang dilakukannya. Tidak kiralah ketika sedang makan, atau ketika sedang berehat sahaja. Mungkin, Pearl benar-benar merupakan punca utama rezeki pemiliknya terbuka selama ini!

Chiang Mai Elephant/Facebook

Mana tidaknya, pelanggan yang gemarkan haiwan pasti akan singgah di gerai pemiliknya, dan selepas melihat raut wajah Pearl yang sentiasa bengis, para pelanggan akan berasa terhibur dan tidak akan ‘berani’ pulang dengan tangan kosong!

“Mungkin anda perlu membeli tembikai ini selepas singgah di gerai kami, bukan?” 

Chiang Mai Elephant/Facebook

Ketika berada di gerai jualan, Pearl akan sentiasa duduk di sebelah pemiliknya dan merenung pelanggan yang singgah di gerai mereka. Dengan wajah yang bengis, tidak mustahil jika dikatakan bahawa ada antara pelanggannya memang berasa tergugat!

Chiang Mai Elephant/Facebook

Jika anda benar-benar berminat dengan Pearl si kucing berwajah bengis ini, anda bolehlah mengikuti laman Facebook peminat rasmninya. Di sana, anda boleh melihat lebih banyak lagi wajah bengis Pearl yang menakutkan tetapi dalam masa yang sama sangat comel dan lucu! 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular