Perubahan zaman sejak dari dahulu lagi telah menyebabkan banyak bukti kewujudan kota lama tertimbus di dalam tanah yang kita langsung tidak sangka-sangka.

Misalnya, seperti penemuan artifak jubin lantai dari zaman Rom purba yang baru-baru ini ditemui tertanam di sebuah ladang dekat bandar Negrar, Itali.

Peekme

Menurut perkongsian dari laman Peekme, ahli arkeologi telah lama mencari kesan peninggalan dari zaman Rom purba di kawasan itu sejak 1922 lagi, namun, baru kini mereka menemui hasilnya.

Malah, hasil yang ditemui pula masih kekal utuh dan tidak rosak!

Peekme

Kawasan ekskavasi yang digali oleh ahli arkeologi ini menunjukkan penemuan jubin bersaiz kecil yang digabung membentuk pelbagai corak, dengan gabungan warna terang seperti biru, merah dan putih.

Penduduk di kawasan ini bagaimanapun telah lama mengetahui bahawa kawasan itu merupakan salah satu kawasan peninggalan purba dari zaman Empayar Rom tetapi malangnya, sejak penggalian ekskavasi dilakukan bermula, tiada apa yang ditemui melainkan penemuan jubin yang satu ini baru-baru ini.

Peekme

Peekme

Syukurlah, walaupun setelah beratus tahun tertimbus, namun penemuan bukti penempatan zaman purba kala ini masih lagi kekal utuh, cantik dan terjaga.

Peekme

Berikutan penemuan berharga itu, pihak berkuasa bandar Negra mengumumkan di laman Facebook rasminya bahawa artifak yang ditemui itu akan dipamerkan kepada orang awam selepas semua aktiviti ekskavasi selesai dilaksanakan.

Bagaimanapun, hal ini pasti akan mengambil masa yang lama dan sumber yang banyak.

Telearena/Facebook

Tambahan pula, sejak penularan wabak virus PKC (COVID-19), aktiviti ekskavasi ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular