Mana-mana pekerjaan di dunia ini pasti ada cabarannya yang tersendiri. Dan mungkin, untuk abang posmen yang seorang ini, cabaran dalam tugasannya adalah apabila berdepan dengan anjing di hadapan rumah pelanggannya.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila rakaman video berdurasi 30 saat menunjukkan bagaimana seorang posmen yang sedang menunggu pelanggannya di hadapan pagar rumah pelanggan tiba-tiba ‘diserang’ oleh seekor anjing yang dipercayai anjing liar di kawasan kejiranan tersebut.
Posmen yang pada mulanya kelihatan sangat tenang dan santai tiba-tiba dikejutkan dengan salakan anjing liar yang datang menghampirinya. Kerana terlalu terkejut, dan jelas sekali berasa sangat takut, posmen itu tanpa berfikir panjang terus memanjat pagar utama rumah pelanggannya itu.
Bagaimanapun, anjing liar itu langsung tidak menghiraukan posmen yang jelas sekali sedang ketakutan, malahan anjing itu terus menerus menyalak kepada posmen itu sehinggalah akhirnya posmen itu terpaksa memanjat pagar rumah pelanggannya dengan lebih tinggi.
Apa yang membuat video ini bertambah lucu adalah apabila si perakam video, dipercayai rakan posmen yang turut bertugas bersama dengannya, didapati ketawa terbahak-bahak sehingga hilang suara kerana melihat rakannya yang diganggu oleh anjing itu! Memang lucu!
Bukan itu sahaja, dua orang pelanggannya yang turut menyaksikan situasi itu dari dalam kawasan rumahnyapun turut ketawa melihat reaksi spontan posmen itu!
Pada saat-saat akhir video, dapat dilihat bagaimana pelanggannya dari dalam pagar rumah cuba untuk menghalau anjing itu dengan membawa sebatang kayu panjang. Diharapkan, anjing itu segera beredar dari situ agar abang posmen itu boleh pulang dengan selamat!
Kiriman video ini telah dimuatnaik oleh Zulhelmee Mazzamudin di laman Facebook pada 5 Jun 2020 dan sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih lebih dari 2 juta tontonan, lebih dari 62,000 perkongsian, 31,000 reaksi serta lebih dari 19,000 komen daripada warganet yang ternyata sangat terhibur dengan gelagat spontan posmen itu.
Nampaknya, walaupun abang posmen ini sering menjadi hero kepada para pelanggan kerana menghantar bungkusan yang dinanti-nanti, namun kali ini, terbalik pula jadinya!
Maybe you're interested :
- Percubaan PKC baiki imej antarabangsa melalui pelancaran misi sokongan dan bantuan perubatan disangsi dunia
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan