Pasukan tentera pertama dalam trak berperisai muncul kira-kira jam 11 malam pada 3 Jun 1989. Sekitar jam 1.30 pagi 4 Jun, tembakan dilepaskan. Bunyi tembakan berlarutan sepanjang malam dan ketika kereta kebal mula masuk, ia telah menghancurkan apa sahaja benda yang menghalang termasuk orang awam.

Pada malam yang kacau-bilau di Dataran Tiananmen, ketika peluru berterbangan dari udara menembusi ramai orang awam yang terjatuh, lalu penunjuk perasaan menjadi panik menolak satu sama lain, menjadi mayat yang rebah ke atas basikal, bas dan ambulans dalam usaha kejam untuk  mengusir mereka.

Dianggarkan ribuan penunjuk perasaan pro-demokrasi telah terkorban pada hari itu, pada tragedi berdarah Dataran Tiananmen 4 Jun 1989.

Lily Zhang adalah ketua jururawat di hospital Beijing yang berada 15 minit perjalanan kaki dari Dataran Tiananmen. Dia bangkit setelah mendengar bunyi tembakan. Seorang jururawat lain sedang terisak-isak menangis dengan berkata darah yang mengalir daripada kumpulan penunjuk perasaan yang cedera sedang ‘membentuk sungai di hospital’.

AP Photo/Jeff Widener, File

Tiga dekad kemudian, pertumpahan darah yang dikenali sebagai pembunuhan beramai-ramai Dataran Tiananmen terus menghantui mangsa yang masih hidup yang kebanyakannya telah melarikan diri dari kekejaman komunis China untuk mendapatkan kebebasan yang sebenar. 

Mereka berharap dengan mendedahkan kebenaran tentang apa yang telah berlaku pada hari malang itu, maka umum akan terus mengingati apa yang telah hilang.

“Ini hanya yang paling sedikit dapat saya lakukan untuk tanah air,” kata Daniel Lou, kini seorang ahli perniagaan di New York.

Malam malang.

Protes aman di Dataran Tiananmen bermula dengan gerakan yang dipimpin oleh barisan golongan belia dalam kalangan aktivis pelajar yang menganjurkan reformasi demokratik, telah menjadi subjek pantang larang untuk diperkatakan secara terbuka di China. 

Sehingga hari ini, rejim komunis China tidak pernah mendedahkan jumlah kematian atau nama mereka yang terkorban dalam tragedi berdarah itu.

Zhang, yang berada di dataran tersebut untuk menjaga para pelajar yang mogok lapar sehingga malam 3 Jun, bergegas ke hospital pada waktu pagi setelah mendengar pembunuhan beramai-ramai. Dia berasa amat ngeri sebaik sahaja tiba di perkarangan hospital apabila mendapati ia seperti pemandangan dalam ‘zon perang’.

Setelah operasi secara kekerasan dimulakan, ambulans dari kesemua 30 hospital dalam bandaraya digerakkan. Pelajar yang cedera memenuhi setiap katil hospital, dengan ramai antaranya yang terpaksa berkongsi untuk dua orang. 

Darah para pelajar berlumuran di lantai lobi, di lorong wad dan tangga hospital. Di hospital tempat Zhang bekerja, sekurang-kurangnya 18 orang pelajar telah meninggal dunia ketika mereka dibawa ke fasiliti kecemasan.

Tentera menggunakan peluru yang dipanggilnya ‘dum dum’, yang mana akan mengembang di dalam badan seseorang sehingga menyebabkan kerosakan dalaman lebih serius, kata Zhang. Kebanyakan mereka mengalami luka yang teruk dan pendarahan yang begitu besar menjadi ‘mustahil untuk dipulihkan’.

Catherine Henriette/AFP via Getty Images

Di pintu masuk hospital, seorang wartawan cedera parah dari China Sport Daily yang dimiliki kerajaan memberitahu dua petugas kesihatan bahawa dia tidak menyangka Parti Komunis China benar-benar telah melepaskan tembakan.

“Menembak pelajar dan orang awam yang tidak bersenjata, parti pemerintah apakah ini?” itu adalah kata-kata terakhirnya sebelum dia meninggal dunia, Zhang mengingati detik itu.

Seorang wartawan dari majalah berita nasional Beijing Review pada masa itu, Lou berdiri di satu jalan yang berdekatan dan menyaksikan apa yang disebutnya ‘malam takdir malang’ berlangsung dengan perasaan menjadi saksi sejarah.

“Ini adalah tragedi,” katanya sambil menambahkan bahawa itu adalah ‘permulaan kemerosotan moral di China’.

“Pemerintah China yang dipimpin oleh komunis berpaling tadah kepada rakyatnya sendiri. Mereka yang terkorban telah dihukum dan bukannya diberi ganjaran. Apakah mesej yang mahu dihantar oleh negara kepada rakyatnya sendiri?” kata Lou.

Sebilangan besar aktivis pelajar yang terlibat dalam gerakan itu telah dipenjarakan selepas pembunuhan beramai-ramai Dataran Tiananmen.

Zhou Fengsuo, seorang pemimpin pelajar semasa protes, mengira 40 mayat pada awal pagi 4 Jun ketika dia berjalan dari Dataran Tiananmen ke Universiti Tsinghua, tempat dia belajar.

Sebelum meninggalkan dataran, Zhou membuat ucapan pendek dengan bersumpah bahawa penunjuk perasaan pro-demokrasi akan kembali pada suatu hari nanti.

“Saya merasakan ketika rejim menggunakan kekerasan terhadap orang awam, mereka telah kehilangan moral pada tahap yang tinggi,” katanya kepada The Epoch Times.

Zhang yang berusia 28 tahun pada waktu itu dan dilantik oleh pemerintah daerah sebagai ‘pekerja contoh’ menanam fikiran bahawa dia akan ‘benar-benar mencintai bangsa dan Parti’. Tetapi pada hari itu, dia menangis bersama rakan-rakan sekerjanya dengan mengatakan bahawa ‘kemusnahan’ itu telah ‘menghancurkan hatinya’.

“Saya tidak pernah menyangka kerajaan boleh bertindak sebegini kejam,” katanya.

Catherine Henriette/AFP via Getty Images

Selepas tragedi.

Perasaan tidak lagi mempercayai menjadi semakin menebal setelah kalangan pegawai China dengan cepat mengecam para penunjuk perasaan sebagai perusuh, dan mendakwa bahawa ‘tidak ada yang mati ditembak semasa kerja pembersihan di Dataran Tiananmen’. Kesimpulan kerajaan dilakukan tidak lama kemudian.

Zhou, seorang pelajar dari universiti ternama menghabiskan satu tahun dalam penjara dan tidak dibenarkan kembali menyambung pengajian.

Di hospital Zhang, satu mesyuarat diadakan yang meminta semua petugas terlibat untuk ‘mengambil sikap’ dengan menyatakan tiada kematian. Tetapi ramai kakitangan enggan menghadiri mesyuarat tersebut.

“Kita semua berfikir, siapa yang dapat mengungkapkan kata-kata seperti itu dengan hati nurani mereka?” kata Zhang.

Dua penyiar berita terkemuka di saluran penyiaran kerajaan CCTV telah diturunkan pangkat atau dikeluarkan daripada jawatan setelah mereka memakai pakaian hitam ketika melaporkan pembunuhan beramai-ramai Dataran Tiananmen pada 4 Jun 1989. Ketua Pengarang Beijing Review juga meletak jawatan demi melindungi kakitangan, yang sebelumnya telah melakukan tunjuk perasaan secara aman dengan menyokong pelajar.

Namun begitu, Lou menjadi ‘sasaran utama’ dan disiasat ekoran peranannya dalam gerakan tersebut.

Ketiga mereka sejak itu telah berhijrah ke Amerika Syarikat selepas melihat tiada harapan untuk masa depan yang lebih baik di bawah pemerintahan komunis China.

Anthony Wallace/AFP via Getty Images

Hari peringatan.

Selepas tragedi dan penahanan dengan kekerasan, saksi berkata ia sebagai satu peringatan akan kekejaman rejim China. Hari ini, dibuktikan dengan penyembunyian wabak virus PKC oleh pihak berkuasa yang telah menyebabkan dunia menderita, kata mereka.

“Rejim totalitarian akan membahayakan semua orang,” kata Zhou.

Kenneth Lam telah ke Beijing untuk menyertai gerakan pro-demokrasi pada bulan Mei 1989 dan berada di dataran itu sehingga 4 Jun, duduk di atas monumen di tengah dataran pada pagi itu ketika tentera bersenjata meluru ke arah para penunjuk perasaan.

Seorang penunjuk perasaan dari Beijing menariknya pergi dan memintanya beredar. Memanggilnya dengan nama panggilan ‘Xiao Qiang’ dan mereka memintanya untuk ‘pulang ke tempat asal hidup-hidup dan memberitahu tragedi ini kepada dunia’.

Bekerja sebagai peguam sukarelawan untuk penunjuk perasaan di Hong Kong tahun lalu, Kenneth Lam melihat persamaan dan kesediaan penunjuk perasaan dalam kedua-dua gerakan  mengorbankan masa depan mereka sendiri demi kebaikan masa depan negara yang lebih baik.

Di Dataran Tiananmen, ratusan penunjuk perasaan mengenakan selendang merah untuk mengambil bahagian dalam mogok lapar. Sementara di Hong Kong, penunjuk perasaan dalam kalangan belia membanjiri jalanan untuk menjaga wilayah autonomi dan kebebasan rakyatnya, mempertaruhkan keselamatan dan kerjaya masa depan mereka dengan berada di barisan hadapan, kata Kenneth Lam.

“Ini adalah fitrah manusia yang sangat indah dan jelas,” katanya.

Kata Lam, persamaan yang terserlah 31 tahun kemudian adalah bukti bahawa ada sesuatu dalam diri seseorang yang lebih bertahan daripada kuasa dan paksaan.

“Peraturan autoritarian tidak akan dapat menghancurkan sisi terang sifat seseorang manusia,” katanya.

Olivia Li dan Sarah Liang telah menyumbang kepada laporan ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran Kempen

Video Popular