Ketika pandemik global Virus Parti Komunis China (COVID-19) sedang melanda dunia walaupun beransur reda, pembelajaran secara E-Learning atau E-Pembelajaran menjadi persoalan yang hangat diperkatakan kerana di sesetengah kawasan, tidak semua mempunyai capaian internet yang baik, serta buat golongan kurang berkemampuan, ia agak membebankan.

Ketika ini ramai yang membahaskan adakah para pelajar harus dibenarkan kembali ke sekolah, atau meneruskan pembelajaran mereka dari rumah?

Walaupun idea itu sendiri mungkin sudah semestinya lahir dengan niat yang baik, seseorang itu juga harus bertanya bagaimana E-Pembelajaran itu layak diperlakukan sama adil buat keluarga yang hidup di bawah garis kemiskinan, atau keluarga yang tinggal jauh dari kemudahan capaian internet yang boleh dipercayai?

Contoh kita melihat seorang pelajar dari Sarawak yang berusia 13 tahun ini, dengan hakikat bahawa keluarganya tinggal di kawasan pedalaman Sarawak bersama capaian internet yang lemah, namun tidak menghalangnya untuk memanfaatkan dengan sepenuhnya demi mendapat pendidikan dengan ketekunannya.

Dalam catatan hasil perkongsian SMK Tinggi Sarikei, sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di daerah Sarikei, Sarawak, salah seorang pelajar mereka dalam Tingkatan Satu yang dikenali sebagai Heliyana, dirakam dengan gambarnya berada di bawah terik matahari. Dengan memegang telefon pintar di tangan kirinya dan kertas di atas ribaannya, Heliyana dilihat sedang gigih berusaha untuk menyelesaikan ujian pentaksiran sekolah di bawah terik panas matahari.

Mengapa dia tidak belajar dari rumahnya sendiri, jika anda yang berada di Semenanjung bertanya?

Internet di rumah panjang tempat dia tinggal terlalu lemah untuk mengekalkan capaian yang konsisten, sehingga memaksanya keluar ke tempat yang lebih tinggi dan terbuka untuk menyelesaikan E-Pembelajarannya.

Namun, ternyata Heliyana bukan satu-satunya pelajar yang menghadapi masalah ini di SMK Tinggi Sarikei, kerana lebih 20 orang daripada kalangan 850 pelajar sekolah itu menghadapi kesukaran dalam usaha jerih mereka menerapkan normal baharu E-Pembelajaran kerana masalah yang dihadapi kerana kekurangan capaian Internet dengan kelajuan yang baik.

Dilaporkan, seorang pelajar tidak memiliki telefon pintar dan hanya mempunyai telefon asas yang hanya berfungsi menerima pesanan SMS dan panggilan, menyebabkan seorang guru berdedikasi tinggi perlu menghantar kertas peperiksaan kepadanya yang kemudiannya akan menerima jawapan melalui SMS.

Menurut pengetua sekolah tersebut, E-Pembelajaran tidak mudah dilaksanakan di kawasan luar bandar seperti di kawasan mereka.

“Beberapa pelajar dalam kalangan keluarga miskin tidak mempunyai telefon bimbit sendiri, jadi mereka harus menggunakan telefon bimbit ibu bapa mereka untuk belajar. Kadang kala ibu bapa tidak meninggalkan telefon bimbit mereka di rumah. Mereka hanya dapat belajar dan membuat kerja sekolah pada waktu petang atau malam,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, dengan memiliki para pelajar yang tekun dan rajin, mereka bersedia berusaha lebih jauh dengan tekad demi memastikan untuk terus mendapat pendidikan, walaupun dalam keadaan seperti itu.

Yang menunjukkan bahawa kita semua patut bersyukur sekiranya berasa amat mudah mendapat kemudahan tanpa perlu bersusah payah. 

Pelajar yang berada di bandar serta Semenanjung terutamanya harus belajar menghargai hak istimewa yang dimiliki dalam kehidupan.

Beringatlah untuk selalu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, ketika kita berada dalam posisi yang baik untuk melakukan kebaikan.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular