Setakat jam 12 tengah hari 4 Jun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan bahawa terdapat sebanyak 277 kes positif Virus Parti Komunis China (COVID-19) telah dikesan yang majoritinya dalam kalangan warga asing di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil.
KKM/Facebook
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata bahawa DTI Bukit Jalil mencatatkan sebanyak 270 kes baharu.
Ia melibatkan sampel ulangan bagi Orang Kena Tahan (OKT) yang dikuarantin di depot tahanan berkenaan.
“Saya ingin memberitahu anda sekali lagi bahawa kenaikan drastik yang kita lihat hari ini adalah di kalangan pendatang dan mereka menjalani kuarantin”, katanya.
Rahman Roslan/Getty Images
Manakala hanya empat sahaja kes yang melibatkan warga tempatan dan dua lagi kes adalah jangkitan daripada luar negara.
Jumlah kes harian tersebut merupakan satu satu peningkatan kes terbesar dalam sehari sejak 26 Mac lalu yang merekodkan sebanyak 235 kes.
Semasa sesi sidang media harian, beliau berkata bahawa jumlah tersebut menjadikan jumlah kumulatif Virus PKC (COVID-19) di Malaysia adalah sebanyak 8,247 kes.
Terkini #covid19malaysia, 4 Jun
Kes sembuh = 28
Jumlah kes sembuh = 6,559
Kes baharu positif = 277
Jumlah positif = 8,247
Kes kematian = 0
Jumlah Kes kematian = 115
Sebanyak 6 kes dirawat di ICU dan 2 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. pic.twitter.com/wAIjATTeAP— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 4, 2020
Dalam pada itu, seramai 63 orang pesakit telah pulih sepenuhnya dan tiada kes kematian baharu yang berkaitan dengan Virus PKC (COVID-19) ini dilaporkan menjadikan kes kematian kekal sebanyak 115.
Setakat ini, terdapat enam pesakit yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Difahamkan bahawa sebanyak 6,559 pesakit telah discaj daripada hospital sejak virus ini dikesan di Malaysia. Menurut akaun rasmi Twitter KKM, kadar pemulihan semasa negara adalah pada kadar 79.5%.
Terkini #covid19malaysia STATUS KESEMBUHAN, 4 Jun
28 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,559 (bersamaan 79.53%).
Tahniah kepada petugas barisan hadapan KKM! Anda terbaik!! pic.twitter.com/i7zSQWUj5F
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 4, 2020
Maybe you're interested :