Seiring dengan peredaran zaman yang lebih berteknologi maka akan lebih canggihlah modus operandi penjenayah dalam cubaan untuk menipu wang individu lain, di mana kebanyakan penjenayah siber ini akan menggunakan kemudahan internet.

Oleh itu, kita haruslah sentiasa berwaspada. Seorang pengguna Facebook, Cynthia Yong baru-baru ini berkongsi pengalamannya. Walaupun sentiasa berjaga-jaga namun dia tidak menyangka bahawa dia akhirnya terpilih menjadi salah seorang mangsa.

Cynthia pada mulanya menerima mesej daripada rakan suaminya yang meminta dia memberikan salinan mesej yang mengandungi kod untuk aktiviti pembelian dalam talian menerusi aplikasi Shopee.

Menerusi mesej tersebut, Cynthia dikatakan berjaya memenangi wang berjumlah RM2,500. Cynthia walau bagaimanapun memutuskan untuk tidak memberikan kod berkenaan sebaliknya terus bertanya mengenai mesej tersebut.

Kemudian pada jam 7:27 malam, dia menerima mesej notifikasi daripada pihak bank yang memberitahunya tentang transaksi Shopee bernilai RM1,723, yang membuktikan bahawa seseorang telah menggunakan kad kreditnya.

Seminit kemudian, dia menerima satu lagi mesej notifikasi yang memberitahunya tentang terdapat transaksi Grab Pay berjumlah RM425 yang menggunakan nombor akhir kad miliknya. Agak pelik kerana pemindahan wang itu dilakukan tanpa memasukkan kod.

Menurut Cynthia, dia langsung tidak pernah menggunakan khidmat Grab Pay dan pastinya, tiada wangnya di Grab Pay. Pemindahan wang daripada kredit kad kepada Grab Pay yang kemudian disalurkan ke Unipin (M) SDN BHD ternyata agak pantas.

Pada jam 7:31, dia menghubungi Public Bank. Kakitangan khidmat pelanggan memberitahu Cynthia bahawa wang itu telah dipindahkan ke Grab Pay. Mereka tidak dapat menghentikan transaksi dan memintanya untuk menghubungi pihak Grab Pay.

Apabila dia menghubungi Grab Pay, staf mereka pula mengatakan bahawa Cynthia tidak memiliki sebarang duit pada aplikasi itu dan pihak mereka sendiri tidak dapat melakukan apa-apa. Ternyata perkara ini sangat mengecewakan Cynthia.

Cynthia akhirnya pergi ke balai polis untuk melaporkan perkara ini dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial. Menurut analisis pihak polis, dia langsung tidak menghantar kod OTP, menjadikan transaksi Shopee bernilai RM1,723 itu tidak berjaya.

Namun penjenayah itu kemudian beralih kepada Grab Pay pula kerana pada aplikasi tersebut, kod OTP langsung tidak diperlukan maka pemindahan wang dapat dilakukan dengan mudah dan lancar.

Berdasarkan apa yang diberitahu oleh pegawai polis, terdapat banyak kes yang berkait dengan penggunaan E-Wallet ketika PKP ini dan banyak wang telah dipindahkan tanpa tujuan serta sebab yang jelas.

Pegawai itu juga sempat menasihatinya untuk tidak menggunakan aplikasi yang tidak selamat dan E-Wallet memandangkan masih terdapat banyak kelemahan dalam rangkaiannya. Aplikasi ini tidak akan melindungi anda jika sesuatu berlaku.

Selain daripada itu, pihak polis juga turut meminta pengguna untuk sentiasa berhati-hati dalam menggunakan aplikasi ini, iaitu Grab Pay, Big Pay, LAZADA dan Shopee. Cynthia berharap perkongsian info ini dapat membuatkan orang ramai lebih berwaspada.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular