Kebaikan hati sendiri kepada orang lain itu adalah sesuatu yang indah serta akan membersihkan jiwa sekiranya kita mampu membantu seberapa banyak yang mungkin. 

Kadangkala sumbangan kita hanya sedikit tetapi benar-benar dapat membantu menceriakan hari suram orang lain, dan kita juga mungkin tidak pernah mahu mengambil tahu bagaimana keikhlasan hati itu telah mengubah hidup seseorang yang lain.

Namun, tidak semua kebaikan itu dibalas kebaikan yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh seseorang jika anda tidak berhati-hati, dan malangnya segelintir individu yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan di atas kebaikan hati seorang yang pemurah dan prihatin seperti Uncle Kentang.

Kuan Chee Heng/Facebook

Baru-baru ini, Uncle Kentang, atau Kuan Chee Heng yang dikenali sebagai seorang penderma yang pemurah kerana sentiasa bersedia membantu golongan yang memerlukan dengan tidak mengira bangsa dan agama, telah mengumumkan melalui Facebook bahawa beliau tidak akan lagi menawarkan bantuan kewangan setelah terdapat segelintir kumpulan yang mula mengambil kesempatan di atas kemurahan hati dan bantuan yang dihulurkannya.

Uncle Kentang yang terkenal kerana suka membantu keluarga miskin membiayai pengebumian ahli keluarga serta memberikan pelbagai bentuk bantuan lain kepada komuniti kurang bernasib baik, menulis pemberitahuaan di Facebook bahawa beliau kini secara eksklusif mengalihkan perhatian untuk membantu keluarga miskin yang memerlukan bantuan dalam urusan pengebumian.

Kuan Chee Heng/Facebook

“Saya berasa sedih. Saya memberi mereka sekali (dalam bentuk bantuan kewangan) dan mereka meminta lagi, dan lagi. Mulai sekarang saya malas hendak layan mesej mereka. Kita putuskan budaya malas mereka,” tulis Uncle Kentang.

“Saya hanya akan memberi jawapan kepada keluarga yang memerlukan bantuan segera dalam urusan pengebumian.” tambahnya.

Uncle Kentang juga mendedahkan bagaimana golongan ini menyalahguna kemurahan hatinya dengan menggunakan nombor telefon dan akaun bank yang berbeza, walhal mereka adalah orang yang sama.

Kuan Chee Heng/Facebook

Beliau juga memaklumkan bahawa kini akan hanya menawarkan bantuan berbentuk makanan kepada orang miskin yang tinggal di daerah Puchong, kerana kekurangan modal dengan tiada bantuan berbentuk kewangan yang akan diberi atau dihulurkan.

Uncle Kentang menasihati, bagi mereka yang jujur dan benar-benar memerlukan bantuan kewangan boleh menghubungi NGO lain buat masa ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular