Kebanyakan kucing lebih cenderung untuk menikmati saat-saat bersendirian dan lebih gemar menghabiskan masa sendiri tanpa manusia mahupun haiwan peliharaan lain. Walaupun begitu, ada sesetengah kucing yang mahu ditemani setiap masa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ida Myrin ▽ (@idamyrin) on

Ida Myrin/Instagram

Seorang wanita di Sweden, Ida Myrin difahamkan telah membela 2 ekor kucing dan pada suatu hari, salah seekor daripadanya – iaitu kucing berusia 8 tahun telah dibawa ke veterinar ini meninggalkan seekor lagi kucingnya di rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ida Myrin ▽ (@idamyrin) on

Ida Myrin/Instagram

Kucing tersebut yang berumur 3 tahun, Isola terpaksa tinggal di rumah sendirian tanpa ditemani siapa-siapa. Ingin tahu apa yang bakal dilakukan oleh kucing kesayangannya, Ida memutuskan untuk memasang kamera di rumahnya!

Setelah pulang, Ida kemudian melihat hasil yang berjaya dirakamkan oleh kamera berkenaan dan mendapati bahawa Isola berjalan keluar daripada bahagian dapur dengan reaksi muka yang kelihatan seperti terpinga-pinga.

@imyrin/Twitter

Isola juga dilihat membawa tali pada mulutnya sambil melihat persekitaran. Mungkin berasa pelik dan tidak memahami mengapa hanya dirinya sahaja yang berada di rumah. Alahai, kasihannya Isola…

Ida Myrin/Twitter

Situasi tersebut ternyata agak mengejutkan buat Ida. Dia langsung tidak menyangka bahawa Isola akan berasa kurang senang dan tidak gembira walaupun dia dan seekor lagi kucingnya itu keluar kurang daripada sejam.

Ida Myrin/Twitter

Setelah Ida membawa pulang seekor lagi kucing peliharaannya itu, Isola dikatakan berlari kegembiraan untuk menyambutnya. Kini Isola tidak lagi kesunyian dan mempunyai rakan untuk bermain sepanjang masa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ida Myrin ▽ (@idamyrin) on

Ida Myrin/Instagram

Tambah Ida, sepulangnya dia ke rumah, Isola berkelakuan normal. Hanya dengan melihat pada skrin monitor, barulah Ida tahu bahawa Isola sebenarnya berasa sedih apabila ditinggalkan sendirian di rumah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular