Pandemik COVID-19 bukan sahaja memberikan impak terhadap aspek kesihatan manusia sejagat bahkan ia turut menjadi punca kepada kehilangan pekerjaan di Malaysia yang sudah pun meningkat sebanyak 42% pada suku pertama 2020.

Penemuan ini diterbitkan oleh Sistem Insurans Pekerjaan (EKOS) Organisasi Jaminan Sosial (PERKESO) dalam laporan bertajuk ‘Employment Outlook for the 1st Quarter of 2020: The Impact of COVID-19 on Loss of Employment (LOE)’.

Organisasi berkenaan mendapati bahawa terdapat banyak perniagaan yang mengalami penurunan permintaan (37%) dan tidak beroperasi seperti biasa (42%) yang akan menyebabkan lebih banyak orang bakal mengalami kehilangan pekerjaan.

Gambar Hiasan/Facebook

Menurut laporan itu, trend ini dijangka akan meningkat daripada April 2020 dan akan berterusan, dengan kehilangan pekerjaan meningkat 50% hingga 200%, untuk setiap suku berikutnya pada tahun 2020.

PERKESO dalam pada itu juga meramalkan bahawa kadar pengangguran akan mencapai tahap tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 4% pada tahun ini. Tambah laporan itu, kadar pengangguran tertinggi di negara ini adalah 3.2% semasa krisis kewangan Asia 1997.

Manakala sebanyak 3.7% pula adalah semasa kemelesetan besar pada tahun 2008 yang lalu. Golongan usia yang paling rentan dengan pemberhentian pekerjaan iaitu golongan muda telah mengekalkan kadar pengangguran yang stabil daripada 8% hingga 11% tahun ini.

Sebaliknya data menunjukkan bahawa 61% individu yang kehilangan pekerjaan adalah di antara pekerja berusia 40 tahun ke bawah, dengan 31 hingga 40 tahun menyumbang kepada 32% manakala pekerja di bawah 30 tahun merangkumi selebihnya pada kadar 29%.

Gambar Hiasan/Facebook

Pekerja lelaki juga lebih cenderung diberhentikan iaitu pada kadar 60% berbanding dengan rakan sekerja wanita mereka yang hanya pada kadar 40%.

Walau bagaimanapun, laporan itu menjelaskan bahawa keadaan ini mungkin mencerminkan fakta bahawa terdapat lebih banyak pekerja lelaki berbanding dengan wanita dalam tenaga kerja di Malaysia.

Menyentuh mengenai industri yang paling terkesan dengan krisis ekonomi ekoran COVID-19 ini, ianya sudah pasti melibatkan dua industri besar di Malaysia iaitu sektor pelancongan dan pembuatan.

Gambar Hiasan/Facebook

Daripada 7.5 juta pekerja aktif yang berdaftar dengan PERKESO pada tahun 2019, sektor pelancongan dan pembuatan merangkumi sebanyak 38% tenaga kerja, di mana masing-masing memiliki sekitar 1.5 juta pekerja.

Lebih separuh daripada perniagaan yang dimiliki oleh majikan besar dengan lebih 200 pekerja di sektor pelancongan telah ditutup. Sektor pembuatan pula merupakan sektor yang paling banyak membuang pekerja untuk mengurangkan kos overhed setelah terpaksa menutup kilang mereka.

Manakala majikan yang memilih untuk tidak memberhentikan pekerja mereka pula telah melaksanakan langkah-langkah pemotongan kos, seperti mengurangkan gaji pekerja mereka.

PERKESO juga mendapati bahawa 79% daripada individu yang kehilangan pekerjaan berlaku di lima buah negeri, iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kedah.

Employment Insurance System/PERKESO

Situasi di Kedah agak membimbangkan kerana negeri terbabit merekodkan satu daripada enam kehilangan pekerjaan walaupun bekerja daripada rumah dan hanya mempunyai sejumlah kecil majikan sahaja.

Sepanjang waktu yang sukar ini, kerajaan telah berusaha keras untuk mengelakkan pemberhentian pekerja dengan menawarkan subsidi upah kepada majikan serta elaun untuk pekerja bagi mengambi cuti bergaji.

Kerajaan sebelum ini telah memperuntukkan sebanyak RM14.05 bilion untuk pembiayaan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Program Subsidi Upah (PSU), di samping meningkatkan manfaat EIS PERKESO.

Difahamkan bahawa seramai 36,000 majikan telah memohon ERP sementara 289,000 majikan yang lain pula dilaporkan telah memohon PSU.

PERKESO

Laporan berkenaan turut mendedahkan bahawa kemudahan ini menunjukkan bahawa sebanyak 79% perniagaan tidak dapat beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta menghadapi penyusutan penjualan.

Kira-kira 7% syarikat tidak dapat mempertahankan perniagaan mereka selama lebih 6 bulan menerusi rizab semasa yang dimiliki jika prospek sedia ada tidak ditambah baik dengan segera.

Selain daripada itu, laporan itu turut menambah bahawa sebanyak 90% daripada majikan merasakan bahawa perniagaan mereka telah menerima impak yang negatif susulan pandemik ini.

Mujurlah, sebanyak 93% majikan yang memohon bantuan kerajaan merasakan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan berkenaan mampu membantu mereka untuk terus bertahan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular