Di sebalik kenakalan haiwan peliharaan sebenarnya mereka juga mempunyai perasaan. Walaupun adakala haiwan peliharaan membuatkan kita marah namun hakikatnya mereka juga mempunyai empati terhadap orang di sekeliling mereka.

Oleh kerana itulah, ramai juga yang suka bercakap dengan haiwan kesayangan mereka seolah-olah mereka faham apa yang disampaikan.

Happily/YouTube

Berikutan terhadap satu rakaman video, anjing baik ini pula nampaknya memahami akan keadaan haiwan lain yang memerlukan bantuannya. Walaupun mereka berlainan spesies anjing dan kucing namun dia boleh faham bahawa si kucing berada dalam kesusahan.

Apa yang berlaku ialah anjing bernama Hazel ini telah menolong seekor anak kucing ketika hujan lebat.

Happily/YouTube

Suatu hari, pemilik Hazel, Monica Burks mula berasa cemas apabila dia tidak dapat menjumpai Hazel setelah anjing itu keluar. Dengan cemas Monica terus mencari Hazel dalam keadaan yang masih hujan lebat.

Tiba-tiba dia terlihat anjingnya sedang berjalan dengan seekor anak kucing. Kedua-duanya dalam keadaan basah akibat hujan.

Mereka berdua dilihat sedang berjalan menuju ke rumah, Hazel kelihatannya menunjukkan kawan kucingnya jalan pulang ke rumah. Anak kucing itu pula hanya mengikuti langkah Hazel.

Adakalanya anak kucing itu seperti teragak-agak untuk terus mengikuti Hazel dan seakan-akan mahu pergi dari situ namun Hazel menoleh ke arahnya seolah-olah memujuknya untuk terus mengikutinya pulang.

Happily/YouTube

Apabila sampai di rumah anak kcuing itu berhadapan dengan kesukaran untuk naik ke anak tangga kerana agak tinggi. Melihat keadaan itu, Hazel terus membantu si anak kucing untuk naik ke rumah dengan menarik lehernya.

Selepas itu Hazel terus menjilat tubuh anak kucing yang basah, sama seperti yang biasa dilakukan oleh ibu haiwan yang menjaga anaknya.

Happily/YouTube

Monica kemudian memutuskan untuk terus menjaga anak kucing itu dan dia telah memberikan nama Sheba kepadanya. Apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa haiwan juga punya perasaan simpati dan kasihan bahkan mereka tidak peduli dengan jenis atau spesies yang berlainan dengan mereka.

Lihat rakaman video di bawah melihat gelagat mereka yang mempesonakan:

Happily/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular