Walaupun tidak semua, rakyat Malaysia masih dikenali sebagai pembuang sampah merata-rata. 

Lihat sahaja ke mana sahaja di pusat bandar yang padat penduduknya, jika tidak disebabkan pekerja majlis perbandaran, anda pasti akan melihat longgokan dan jejak sampah yang bersembunyi di dalam longkang dan parit, di tepi bahu jalan, atau atas jalanan. 

Seorang lelaki dari Jepun yang bekerja sebagai sukarelawan dengan NGO Trash Hero Putrajaya, memutuskan untuk mengambil inisiatif sendiri bersama pasukan sukarelawannya yang berusaha untuk mengubah sikap membuang sampah merata-rata di Malaysia.

@NanaCyber2/Twitter

Netizen @ NanaCyber2, seorang warganegara Jepun yang tinggal di Malaysia, baru-baru ini memulakan perjalanannya untuk membantu membersihkan jalanan di Malaysia. 

Lebih khusus, Putrajaya adalah bandar indah tempat dia tinggal yang tidak patut dicemari dengan sampah. Bersama sukarelawan lain dari Trash Hero Putrajaya, hasil usaha keras mereka amat mengejutkan.

Trash Hero Putrajaya/Facebook

Menurut @NanaCyber2, mereka berjaya mengumpulkan lebih daripada 4,500 puntung rokok yang telah mencemari sekitar kawasan Ayer 8 di Putrajaya.

Gambar-gambar yang dimuat naik dalam laman Twitter dan Facebook menunjukkan jumlah puntung rokok yang telah berjaya dikumpulkan oleh pasukan tersebut dan ia satu senario yang amat mengejutkan serta memalukan.

Satu timbunan besar puntung rokok pelbagai jenama terbentuk di atas tanah selepas para sukarelawan berjaya mengutip dan mengumpulnya!

Trash Hero Putrajaya/Facebook

Tindakan kumpulan ini telah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia, dengan ada kalangan netizen tempatan yang mengucapkan terima kasih kepada lelaki Jepun ini kerana telah berusaha keras demi menjaga kebersihan Malaysia, walaupun dia bukan warganegara tempatan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berasa malu apabila orang asing membantu bersungguh-sungguh membersihkan sampah yang kita buang pada mulanya.

@NanaCyber2/Twitter

Jadi, buat rakyat Malaysia, ubah sikap anda. Jangan lagi membuang sampah merata-rata. Uruskan sampah anda dengan baik demi menjaga kebersihan negara sendiri yang anda cintai!

Tonton video di bawah:

Trash Hero Putrajaya/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular