Tiada apa yang lebih menggembirakan buat pencinta kucing melainkan dapat menyelamatkan haiwan comel itu daripada terus terbiar. Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki, Chris Poole yang selama ini telah banyak menyelamatkan kucing di komunitinya.

Namun beberapa minggu yang lalu, dia telah melihat satu wajah baru (kucing) di kawasan sekitarnya bersama dengan kucing terbiar yang lain. Kucing comel itu memiliki sepasang mata yang cantik berwarna biru.

Chris Poole/Pinterest

Selama beberapa minggu, kucing tersebut secara perlahan-lahan menggeselkan tubuhnya pada Chris bagi menghangatkan diri ketika lelaki itu memberikan makanan buat kucing-kucing terbiar.

Agak lama juga sehinggalah pada suatu ketika, kucing itu sudah mula mempercayai Chris lalu membiarkan sahaja Chris membelainya.

Chris Poole/Pinterest

Kejayaan terbesar Chris dalam mendekatinya adalah pada ketika dia memperkenalkannya ‘catnip’ dan ‘silver vine’ – tumbuhan yang mampu membuatkan kucing mengalami keadaan euforia (kegembiraan).

“Kucing itu akan berguling-guling di hadapan saya dan membenarkan saya mengusap bahagian perutnya. Ia sememangnya saat yang paling bermakna”, jelas Chris.

Ketika itulah Chris sedar bahawa kucing itu sebenarnya manja dan wajar diberikan rumah serta tuan yang selayaknya untuk meneruskan kehidupan.

Suncoast Animal League

Dia memutuskan untuk menghubungi pihak Suncoast Animal League di Florida, Amerika Syarikat untuk meminta bantuan. Kucing comel itu kemudian berjaya diambil. Itulah saatnya kucing itu mengakhiri kehidupannya di jalanan.

Setelah beberapa hari, kucing itu menyesuaikan diri dengan kehidupan di dalam rumah dan akhirnya berubah menjadi sang pendamba kasih sayang yang tidak mahukan apa-apa kecuali perhatian secukupnya.

“Kucing itu diberi nama Sinatra dan ianya sangat sesuai dengannya memandangkan kucing itu banyak mengiau”, jelas Larissa Condarcure daripada Suncoast Animal League yang kemudian menyerahkan Sinatra kepada Lori Griggs.

Lori sebelum itu ada datang ke pusat perlindungan haiwan tersebut bersama anak perempuannya, Kiley beberapa bulan yang lepas. “Mereka jelaskan bagaimana sukarnya mereka untuk mencari kucing yang sesuai”.

Suncoast Animal League

“Oleh yang demikian, saya berusaha keras untuk mencari kucing agar mereka berjaya mendapatkan kucing yang bersesuaian dengan mereka”, kata Larissa. Ini kerana Kiley merupakan remaja kelainan upaya.

Peek Me

Kiley juga hanya bergerak menerusi kerusi roda dan oleh itu, banyak kucing sebelum ini berasa takut dengannya. Ia nyata berbeza dengan Sinatra yang lantas berjalan menghampiri Kiley dan melompat ke pahanya untuk bermanja.

Lori Griggs

Sinatra langsung tidak takut dan dengan bersahaja menggeselkan tubuhnya pada Kiley. Ianya membuatkan Kiley berasa sangat ceria dan menguntumkan senyuman yang paling bermakna. Mereka sememangnya sesuai bersama!

Semoga Sinatra terus bahagia bersama keluarganya… Jom lihat video Sinatra yang comel di bawah ini :

Love Meow/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular