Apabila berada di tempat awam misalnya di pusat beli belah, taman rekreasi ataupun sebagainya, pasti ada segelintir ibu bapa yang akan memasangkan tali keselamatan anti-hilang pada pergelangan tangan anak mereka.

Ramai ibu bapa merasa bimbang jika membenarkan anak mereka berjalan secara bebas di tempat-tempat awam. Oleh itu, segelintir ibu bapa akan memasangkan tali keselematan anti-hilang pada anak mereka.

Gambar Hiasan/YouTube

Ini membolehkan para ibu bapa ‘bersambung’ dengan anak mereka apabila tali keselamatan yang dipasang pada pergelangan tangan atau beg sandang kanak-kanak itu dipasang pada para ibu bapa. Mesti rasa lebih selamat, bukan?

Namun lain pula yang berlaku di Huangshi, China apabila seorang kanak-kanak perempuan yang dipasang dengan tali keselamatan berkenaan, terangkat ke bahagian atas lif setelah dia gagal mengikut ibunya keluar daripada lif.

Menurut laporan yang komprehensif, pada 28 Mei yang lepas, seorang ibu yang menetap di Huangshi, Hubei telah membawa tiga orang anaknya yang kecil keluar daripada rumah.

打死不下腾讯新闻/YouTube

Tetapi salah seorang daripada anaknya, iaitu kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun tidak mengikutinya dan pintu lif berkenaan ditutup sebelum ibu tersebut dapat mendapatkan anak perempuannya.

打死不下腾讯新闻/YouTube

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, anak kecil itu berdiri di dalam lif ketika pintu ditutup. Selepas itu, tubuhnya terangkat dek kerana tali berkenaan dan dia dibiarkan tergantung selama hampir 2 minit sebelum jatuh kembali ke bawah.

打死不下腾讯新闻/YouTube

Sangat mengerikan! Nasib kanak-kanak itu baik apabila dia kemudian berjaya diselamatkan setelah keluarganya segera meminta bantuan daripada pihak pengurusan kawasan kediaman mereka itu.

打死不下腾讯新闻/YouTube

Mujurlah semuanya selamat. Ingat ya para ibu bapa di luar sana. Awasi setiap langkah anak-anak dan sentiasa peka apabila membawa mereka keluar.

Benar, tali keselamatan itu dapat mengelakkan anak kecil daripada hilang namun jika leka seketika, ia mampu membawa risiko yang tidak dijangka kepada anak kecil dan mungkin menjadi ‘senjata’ dalam beberapa saat atau minit!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular