IPOH – Seorang lelaki pelarian Rohingya yang didapati melarikan diri dari Pusat Kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Tanjung Rambutan di Ipoh dilaporkan sudah ditemui.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lelaki warganegara asing tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa dan kini ditempatkan kembali ke pusat kuarantin bagi menjalani fasa kuarantin selama 14 hari.

Facebook

Pada Isnin lalu (1 Jun 2020), Rohim Mohd Zokoria, 27 tahun dilaporkan tidak berjaya ditemui ketika petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pemantauan kesihatan untuk memeriksa mereka yang dikuarantin di pusat ILKKM di Blok E-2-83.

Facebook

Keputusan ujian menunjukkan warga asing tersebut negatif Covid-19 namun masih perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di pusat berkenaan.

Bagaimanapun ketika pemantauan dijalankan sekitar jam 11 pagi, lelaki itu tidak ditemui di dalam biliknya sehingga menyebabkan satu laporan polis terpaksa dibuat.

Gambar Hiasan/Facebook

Terdahulu Rohim yang menetap di Sentul, Kuala Lumpur telah ditahan bersama dua lagi yang lain di dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Behrang pada minggu lalu dan disiasat atas sebab melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) serta hal-hal yang berkaitan dengan imigresen.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular